Posted by: hijaz2402 | Julai 13, 2010

Mega Jaya Express

Bila aku baca balik topik yang pernah aku post sebelum ni, Fleet Baru Mega Jaya Express , baru aku perasan yang aku belum lagi ceritakan tentang Mega Jaya Express ini. Dari mana kompeni ni, berapa bas yang dia ada, dari mana dan ke mana trip bas-bas mereka. Sume tu belum lagi aku jelaskan.

Sebagai permulaan, Mega Jaya Express adalah salah satu kompeni yang berasal dari Terengganu, atau dengan lebih jelas lagi, beralamat di

Alamat yang tertera pada bas Mega Jaya

Sehingga kini, Mega Jaya Express telahpun memiliki 5 buah bas yang mana 2 daripadanya digunakan untuk tujuan bas ekspres dan 3 yang selebihnya adalah bas catar. Nombor plet bas-bas Mega Jaya adalah WTB 8775, WTB 9775, CBD 5522, CBF 3311 dan DAK 9301. Walaubagaimanapun, Mega Jaya Express dalam proses menambah lagi bas-bas untuk digunakan bagi laluan baru. Berikut adalah bas-bas yang dimiliki oleh Mega Jaya Express.

WTB 8775 / Pioneer Coachbuilders / Hino RM2KSKA

WTB 8775 / Pioneer Coachbuilders / Hino RM2KSKA

WTB 9775 / Pioneer Coachbuilders / Hino RM2KSKA

WTB 9775 / Pioneer Coachbuilders / Hino RM2KSKA

CBF 3311 / SKS Coach & Works / Mercedes Benz OH 1627 V8

CBF 3311 / SKS Coach & Works / Mercedes Benz OH 1627 V8

Walaubagaimanapun, CBD 5522 dan DAK 9301 tidak dapat saya siarkan dalam entry ini kerana saya masih belum mempunyai gambar bas-bas tersebut. Pada masa akan datang, saya akan update entry ini setelah gambar-gambar bas tersebut diperoleh.

Berkenaan dengan laluan, Mega Jaya Express menyediakan perkhidmatan dari Kuala Terengganu, Kuala Berang untuk ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan Kajang. Walaubagaimanapun, Mega Jaya Express dalam proses untuk menambah laluan baru iaitu ke Nilai, Seremban dan Melaka. Bagi tujuan tersebut, mereka akan menyediakan bas-bas baru demi menarik pengguna. Apapun, semoga Mega Jaya Express terus maju pada masa akan datang.

Advertisements
Posted by: hijaz2402 | Mei 6, 2010

AGP 2666 – Dulu Golden Diamond, Kini Yakin BG

Golden Diamon adalah antara salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas Ekspres dari Singapura ke Malaysia. Dan salah satu bas yang dimiliki oleh syarikat Golden Diamond adalah AGP 2666 ini. Foto di bawah ini adalah hak milik JomNaik Bas!

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

Baru-baru ini, aku terserempak dengan AGP 2666 ini. Walaubagaimanapun, bas ini sudah dilengkapi dengan ‘pakaian seragam’ yang baru, dan juga mengalami transformasi jenama, iaitu daripada Golden Diamond, kepada Yakin BG.

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

Bas ini dibina oleh Scomi (dahulunya dikenali sebagai MTrans Bus Sdn. Bhd.) dan menggunakan cesis Scania 420.

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

AGP 2666 / Scomi / Scania 420

Bas ini masih lagi didaftarkan dengan permit Transtar Express yang beralamat di Batu Kurau sebagaimana di bawah.

Pada pandangan aku, bas ini agak menarik setelah dicat semula dengan pemilihan warna merah dan hitam serta sedikit jaluran putih dan kuning pada badan bas ini. Tetapi apa yang menarik perhatian aku adalah logo 1Malaysia yang diletak pada muka depan bas ini, ianya agak jelas kelihatan kerana latar belakangnya yang mempunyai warna yg agak gelap. Apapun, syabas diucapkan kepada Transtar di atas penjenamaan semula AGP 2666 ini.

Posted by: hijaz2402 | Mei 6, 2010

Mesra Liner Kini Di Hentian Putra

Mesra Liner merupakan salah satu operator yang agak baru di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini menggunakan bas-bas yang dibina oleh sksbus dan menggunakan cesis CP11-LW. Antara trip terawal bas ini adalah Butterworth – Kota Bharu, Butterworth – Kuala Terengganu & Butterworth – Seremban.

PJM 9066 / sksbus / CP11-LW

PJM 9066 / sksbus / CP11-LW

Baru-baru ini, ketika aku berkunjung ke Hentian Putra, aku ternampak kelibat bas Mesra Liner ini di situ. Pada mulanya, aku menyangkakan yang bas ini adalah untuk tujuan catar. Walaubagaimanapun, bas ini sedang memuatkan penumpang untuk laluan terbaru mereka iaitu

Kuala Lumpur - Jerteh - Pasir Putih - Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang

Bas-bas milik Mesra Liner ini menawarkan seat Super VIP yang selesa bagi perjalanan tersebut.

Seat APM Super VIP yang boleh memuatkan 30 penumpang.

Bas ini dibina oleh sksbus dan menggunakan cesis CP11-LW, yang mana boleh dilihat melalut pelekat yang ditampal di sisi bas.

Pelekat yang menunjukkan kenapa sksbus wajar diberi 'thumbs up'.

Bas-bas Mesra Liner ini menggunakan permit Hasrat Terbilang Sdn. Bhd. yang beralamat di

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Mesra Liner untuk laluan baru mereka ini.

Posted by: hijaz2402 | Mei 3, 2010

Terbaru Daripada Shamisha Holidays

Shamisha Holidays merupakan salah satu player dalam industri pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Bas-bas milik Shamisha Holidays ini boleh ditemui hampir di seluruh Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, ketika berkunjung ke hentian Duta, aku bertemu dengan salah satu bas terbaru milik mereka.

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

Bas ini dibina oleh Pioneer Coachbuilder sendirian Berhad dan menggunakan enjin dan cesis UD JA452S. Cesis ini begitu mudah dikenali berdasarkan kedudukan air-suspension atau belonnya yang terletak di tengah.

Suspensi depan UD JA452

Shamisha Holiday merupakan salah satu syarikat pengangkutan awam yang beralamat di

Bas-bas milik shamisha ini boleh dikenali melalui corak bunga yang berwarna-warni yang diletakkan di Rear OverHang bas-bas mereka.

Corak bunga yang menjadi 'identiti' Shamisha

Bas ini didaftarkan dengan plet Negeri Kelantan Darul Naim iaitu DBP 3359 (mengingatkan aku pada Dewan Bahasa & Pustaka). Apa yang menariknya, walaupun didaftarkan dengan plet salah satu negeri dari pantai timur, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang daripada Hentian Duta, Bukit Jalil dan seterusnya ke utara. Tak ke timur pun. Menjengah ke bahagian dalam bas, ternyata bas ini agak selesa dengan seat 2+1 yang disediakan.

Bahagian dalaman bas yang boleh memuatkan 30 penumpang

Jika diperhatikan betul-betul, tiada TV kedua yang ditempatkan belakang bas. Tetapi apabila aku melihat saiz TV yang diletakkan di depan bas, fahamlah aku kenapa tiada TV kedua tersebut.

Saiz TV yang aku kire agak gedabak untuk diletakkan di bumbung bas.

Pada pandangan aku, secara keseluruhannya, DBP 3359 ini telah mendapat sentuhan yang boleh dikatakan sempurna. Warna kuning dan oren itu diadun sempurna membuatkan bas ini menarik untuk dipandang. Dalaman bas ini juga boleh dikatakan selesa dan penghawa dingin Thermo King bas ini benar2 memainkan peranannya dalam mendinginkan bahagian dalaman bas.

DBP 3359 / Pioneer Coachbuilder / UD JA452S

Apapun, tahniah diucapkan Shamisha Holiday Travel & Tours atas kelahiran DBP 3359 ini. Semoga Shamisha terus berkembang maju pada masa akan datang. Shamisha Express, Pilihan Utama….

Posted by: hijaz2402 | April 20, 2010

Terbaru Daripada Five Stars

Five Stars merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Seiring dengan namanya yang bermaksud Lima Bintang, syarikat ini menyediakan perkhidmatan bas ekspres kelas mewah untuk ke Singapura, Genting Highlands dan lain-lain tempat lagi. Kenapa mewah? Ini disebabkan setiap seat di dalam bas ini mempunyai ICE (In-Coach Entertainment) yang tersendiri. Baru-baru ini, ketika berkunjung ke One Utama, aku terserempak dengan salah satu bas terbaru milik Five Stars ini.

AHB 1899 / Scomi / UD JA452S

AHB 1899 / Scomi / UD JA452S

Bas ini didaftarkan dengan no pendaftaran dari Perak iaitu AHB 1899. Bas ini dibina olah Scomi Coachbuilders dan menggunakan cesis UD JA452S, enjen yang menjadi kegemaran aku dek ngaumannya yang benar-benar lain daripada yang lain…

AHB 1899 / Scomi / UD JA452S

AHB 1899 / Scomi / UD JA452S

Bas ini dimiliki oleh syarikat Five Stars Express Tours & Travel, yang beralamat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pada hemat aku, bas ini kelihatan cantik dengan warna putih bersih dan jaluran berwarna warni yang dilayangkan pada badan bas ini serta corak bintang-bintang yang menghiasi badan bas ini. Apapun, tahniah diucapkan kepada Five Stars untuk kelahiran AHB 1899 ini.

Posted by: hijaz2402 | April 9, 2010

Sepetang Bersama WKC 7678

Baru-baru ini, aku berkesempatan mencuba salah satu bas milik Genting Express, bernombor pendaftaran WKC 7678. Bas ini dibina oleh Transcoach (kini dikenali dengan nama Scomi), dan menggunakan cesis Mercedes-Benz 1627 V8. Bas ini tiba di Terminal Putra Gombak pada pukul 3 petang.

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Mengikut kata drebarnya, bas ini tripnya bersilih ganti antara Terminal Putra, Pasarakyat, Puduraya dan lain-lain tempat lagi. Walaubagaimanapun, pada hari tersebut, perjalanan bas tersebut adalah

Gombak - Resort World (Stesen Kereta Kabel Goh Tong)

Apa yang menariknya tentang bas ini, adalah dalamannya yang aku kira agak ringkas. Cuma menempatkan kerusi penumpang, lampu dan saluran penghawa dingin. Kenapa tidak diletakkan ruang meletak barang di bumbung sedangkan ini adalah bas ekspres? Jawapannya mudah. Jalan di Genting highland yang bengkang -bengkok memungkinkan barang-barang yang diletak di atas kepala akan jatuh dan seterusnya membahayakan penumpang.

Interior bas ini. Perhatikan bahagian atasnya yang tidak mempunyai ruang meletak barang.

Kerusi penumpang di dalam WKC 7678

Tepat jam 4.05 petang, bas ini memulakan perjalanannya ke stesen kereta kabel Goh Tong. Perjalanan kami agak lancar memandangkan jalan tidak begitu sesak. Ditambah pula dengan lenggok belon V8 yang benar-benar menjalakan tugasnya, bas ini sememangnya selesa walaupun usianya agak lama. Dan ketika mendaki bukit, ketiadaan turbo pada bas ini amat jelas dirasai. “V8 ni buleh naik bukit, bukan xleh naik, cuma makan masa sikit,” seperti kata drebarnya. Kira-kira jam 4.45 petang, kami tiba di stesen kereta kabel Goh Tong.

Dua generasi Genting Express yang 'berehat' selepas menurunkan penumpang di stesen Goh Tong.

Kira-kira jam 5.10 petang, bas ini mula memasuki terminal bas Goh Tong untuk mengambil penumpang. Bas-bas untuk ke One Utama, Kajang, KL Sentral dan lain-lain tempat lagi boleh didapati di sini.

Sewaktu mengambil penumpang di Terminal Goh Tong.

Ruang yang disediakan untuk bas ke terminal Gombak.

Pada pukul 5.20 petang, pintu ditutup, roda bas mula bergerak, dan bermulalah perjalanan menuruni Genting Highland yang aku kira agak ‘menakutkan’. hehe. Jalan sempit + gaung kat tepi + selekoh yang complete u turn = Seram sejuk aku dibuatnya. Tapi sememangnya drebar bas genting ini bukan calang2 drebar. Setelah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat ini, memandu bas naik dan turun genting selama 10 tahun, drebar ini telah masak benar dengan keadaan jalan di situ. Belon, brek, enjin Mercedes 1627 V8 ini juga turut memainkan peranannya dengan cemerlang. Dan pada jam 6.10 petang, kami tiba di Terminal Gombak.

Menurunkan penumpang di Terminal Putra, Gombak.

Secara keseluruhannya, aku rasakan perjalanan kali ini amat memuaskan. Konsistensi belon Mercedes 1627 V8 ini jelas dapat dirasai pada setiap bonggol dan selekoh. Cesisnya yang agak berat membuatkan bas ini seolah-olah ‘melekat’ pada permukaan jalan, terutamanya ketika mengambil selekoh. Ditambah pula dengan pemandunya yang boleh dikatakan berpengalaman dengan selekoh-selekoh di Genting, WKC 7678 ini mempunyai pakej yang cukup lengkap bagi membolehkannya mendapat kepercayaan membawa penumpang mendaki dan menuruni Genting Highland. Apapun, terima kasih WKC 7678, terima kasih Genting Express.

Posted by: hijaz2402 | April 8, 2010

Bas Ekspres Genting Yang Bertukar Livery

Genting Highland merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Terletak kira-kira 51 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur, perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira 45 minit ke satu jam bergantung kepada keadaan trafik di jalan raya dan lebuhraya Karak. Untuk ke Genting Highland, pihak Genting telah menyediakan perkhidmatan bas ekspres Genting. Bas-bas ini boleh dinaiki di Kajang, One Utama, KL Sentral, Puduraya, Terminal Putra Gombak dan lain-lain tempat lagi.

Livery terdahulu untuk Bas Ekspres Genting

Livery Bas Persiaran Genting

Bas-bas ini boleh dikenali melalui warna merah dan sticker pakej harga tambang atau promosi yang ditampal di sisi kiri dan kanan badan bas. Di bawah ini adalah livery lama bas-bas genting yang sempat aku rakamkan di Stesen LRT Terminal Putra, Gombak.

WKJ 8078 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKJ 8078 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WQG 2603 / Mtrans / Mercedes-Benz 1636

WQG 2603 / Mtrans / Mercedes-Benz 1636

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, aku berkesempatan sekali lagi datang ke Stesen LRT Terminal Putra ini. Suasananya tetap sama, sesak, agak sibuk, dan deretan kereta memenuhi ruang parking di sekeliling stesen ini. Namun, bas-bas ini telah dilengkapi dengan livery yang baru, dan aku difahamkan untuk tujuan mempromosikan Resort World Genting.

WKJ 6373 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKJ 6373 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Mengikut kata drebarnya, terdapat beberapa warna yang dipilih untuk menyaluti badan bas ekpres Genting ini seperti maroon, merah, dan lain-lain warna lagi. Dan di bawah ini adalah bas yang dicat dengan warna merah.

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Bukan sahaja bas-bas lama, malahan bas-bas mereka yang agak baru juga turut dipadankan dengan warna-warna tersebut. Umpamanya bas di bawah ini.

WPU 8091 / MTrans / M.A.N 18.410

WPU 8091 / MTrans / M.A.N 18.410

Menurut kata penyelianya, bas-bas ini telah mendapat sentuhan daripada sebuah bengkel di Segambut yang mana aku sendiri pun tak pasti kat mana letaknya. Tetapi, aku cukup-cukup tertarik dengan kualitinya. Bas-bas ini kelihatan begitu cantik pada pandangan aku, dan jika diperhatikan betul-betul, kite dapat melihat balam-balam logo Resort World yang dilayangkan pada badan bas ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat perjalanan dan harga tambang bagi bas-bas ini, anda bolehlah klik pada link ini, Getting To Genting Highland Resort.

Akhir kata,  Tahniah Genting Express.

Posted by: hijaz2402 | April 3, 2010

Rim Cap Oh Rim Cap

Rim Cap, atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil Pelindung Rim, atau juga digelar ‘mekup rim’ di kalangan drebar2 bas daripada pantai timur, merupakan salah satu benda yang mencantikkan bas. Salah satu bas yang menggunakan pelindung rim ini adalah Transnasional Skyview ini.

WRM 2308 / Bee Hing / M.A.N 24.400

WRM 2308 / Bee Hing / M.A.N 24.400

WRM 2308 / Bee Hing / M.A.N 24.400

Bagaimana ianya dipasang ? Untuk pelindung rim seperti ini, ianya dipasang dengan menggunakan gegelang atau ‘bracket’ yang dilekatkan di keliling rim asal. Seterusnya pelindung rim ini diikat pada ‘bracket’ tersebut dengan menggunakan rivet. Walaubagaimanapun, ketika bas bergerak di jalan raya, gegaran yang kuat pada tayar boleh menyebabkan rivet ini menjadi longgar, dan pada akhirnya, pelindung rim ini akan tertanggal.

Contoh Rim Cap yang dah tertanggal.. Tapi nasib baik MAN bagi gelang tu, still nampak 'smart'... hehe

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, aku terjumpa salah satu daripada geng2 Transnasional Skyview ini yang mempunyai pelindung rim yang lengkap pada keenam-enam roda bas.

Agak jarang nak jumpa bas ekspres yang dah berusia 2,3 tahun ke atas yang masih mempunyai rim cap yang lengkap.. Selalunya bas-bas ni akan kehilangan rim cap pada tayar belakang..

Tetapi apabila aku tengok betul2 kat axle ketiga, aku tertarik kerana drebar ni dah lakukan sedikit modifikasi pada pelindung rim tersebut.

Apa modifikasi yang dilakukan ? Beliau telah menebuk lubang pada pelindung rim serta ‘gelang’ di dalamnya dan memasang nat pada ‘gelang’ di dalamnya lalu mengikat pelindung rim tersebut terus kepada ‘gelang’ dan seterusnya kepada rim asal bas ini.

Ringkas, tetapi cukup praktikal. Cuma nat ini perlu dipastikan sentiasa ketat supaya pelindung rim ini tidak tertanggal dengan sewenang-wenangnya. Nak beli satu set mahal ooo. Mau seribu jugak, tu kalo isi minyak, dah berapa trip leh buat tu.

Apapun tahniah kepada drebar bas T308E ni sebab dh lakukan inisiatif sendiri sebab nak elakkan kehilangan rim cap dan membuatkan bas ni nampak agak cacat tanpanya. Bak kata drebarnye, “mainan aku blake nih”. “Iyer la boh”. hehe

Posted by: hijaz2402 | April 1, 2010

Fleet Baru Mega Jaya Express

Mega Jaya Express adalah salah satu syarikat yang agak baru dalam komuniti bas ekspres. Namun, bas-bas yang mereka sediakan tidak kurang hebatnya. Salah satu bas terbaru yang dimiliki oleh Mega Jaya Express adalah CBF 3311 ini.

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Bas ini dibina oleh SKS Coach&Works (kini dikenali sebagai sksbus) dan menggunakan cesis Mercedes-Benz 1627 V8. 1627 tersebut membawa maksud 16, 000 kg (16 tan) dan 270 hp.

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Ianya boleh dikenali melalui ekzos berkembarnya yang kebiasaannya terletak di sebelah kanan dan bunyi meletup-letup yang dihasilkan oleh ekzos tersebut (Bunyi menggelegak kata sesetengah drebar).

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Apa yang menariknya tentang 1627 V8 ini adalah kelembutan air-suspension atau belonnya yang diakui memang selesa. Kalo kat Lebuhraya Pantai Timur (LPT), belon bas ni memang layan, lentok ooo. Aku terfikir kenapa agaknya Mercedes-Benz dah hentikan pengeluaran cesis ni, ataupun dah x upgrade cesis ni (sebab belon selesa, enjin tahan lasak, tapi banyak drebar komplen power x cukup masa naik bukit, turbo yilek).

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ni cantik setelah mendapat sentuhan daripada sksbus. Warna yang dipilih juga nampaknya diadun dengan sempurna dan menjadikan bas ni menarik untuk dipandang. Tetapi aku sedikit tertanya-tanya kenapa pihak Mega Jaya tidak memasang side-mirror tanduk seperti kebanyakan bas-bas sekarang dan memasang pelindung rim pada keempat2 roda bas ni. Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Apapun, tahniah Mega Jaya Express. Semoga terus maju pada masa akan datang.

Posted by: hijaz2402 | April 1, 2010

Hino RM Dengan Transmisi Automatik

* Gambar-gambar dalam entri ini telah diambil pada beberapa tahun yang lepas. Kualiti gambar adalah agak tidak memuaskan. Tapi buleh la, stakat nak tengok.

Ramai yang tanya, ade jugak ke bas yang menggunakan gear auto? Camaner agaknya gear bas auto tu, macam gear kete ke? Dan berdasarkan pertanyaan-pertanyaan ini la aku rasakan gambar-gambar di bawah ni agak menarik untuk dikongsi bersama. Sedang aku jalan-jalan amik angin petang, aku terjumpa bas ni.

WJP 9078 / SKS Coach&Works / Hino RM2KSKA

Bas ini merupakan bas Sekolah Menengah Teknik Dungun. Ianya dibina oleh SKS Coach&Works (Kini dikenali dengan nama sksbus) dan menggunakan cesis Hino RM. Dari luar, tak ada apa yang menarik pada bas ni, liverynya pun nampak biasa je. Ye la kan, bas sekolah, mana nak ada corak kerawang2 ni. Hehe

WJP 9078 / SKS Coach&Works / Hino RM2KSKA

Tapi apabila aku tengok belakang dia betul-betul, terkejut beruk aku sebab

Time ni aku agak excited la jugak, sebab baru first time jumpa bas macam ni guna gear auto. Apa lagi, trus aku masuk dalam bas, nak pastikan sticker tu auta ke, atau bas ni sememangnya automatik. Dan memang betul, tak ada batang gear pun kat dalam bas tu.

Kalau bas manual, selalunya ada batang gear kat tepi kerusi drebar tu

Dan lebih memeranjatkan aku, bile tengok gear button dia yang sempoi giler. Butang macam suis lampu kat dalam bas je. Tekan, dan korang dapat la gear yang korang nak, dari kanan, Reverse, Normal, Drive, 2, 1…

Suis gear auto bas. ZF yang kat hujung belah kanan tu adalah pembuatnya

Tapi tu dulu, masa aku dok kat Terengganu, beberapa tahun dulu. Skang ni blajar kat KL, memang dah bersepah2 bas gear auto ni. RapidKL pun pakai bas auto. Tapi bile aku tengok balik gambar ni, aku senyum sorang2. Yer la, kat Terengganu time tu mana ada bas pakai gear auto, semuanya manual. ‘Jakun’ aku jap…he he

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori