Posted by: hijaz2402 | Januari 28, 2011

Terbaru Dalam Barisan Tasik Kenyir Express

Tasik Kenyir Express merupakan salah satu syarikat pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Beroperasi dari Kuala Berang, Terengganu, Tasik Kenyir Express telah menambah tiga buah bas baru dalam barisan bas-bas milik mereka.TBB 4858, TBB 4868, TBB 4878. Begitulah senarai nombor pendaftaran bagi bas-bas baru tersebut.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Bas ini dibina oleh Sumai Engineering yang terletak di Chendering, Terengganu, dan dikuasakan oleh enjin Nissan Diesel UD JA452S. Tema warna yang dipilih benar-benar menarik perhatian. Walaubagaimanapun, aku amat  tertarik melihat lakaran Helang yang dilayangkan pada badan bas ini. Kelihatan seolah-olah Sang Helang gagah menyambar mangsanya.

Helang Menyambar.... Tahniah Sumai untuk rekaan lakaran ini..... One word : Amazing !!!

Menjengah ke bahagian dalaman bas, ternyata rekaan dalaman yang diutarakan oleh Sumai mampu menggamit pengguna untuk menaiki bas ini. Bahagian kokpit pemandu tidak berserabut dan segala butang-butang serta suis diletakkan pada tempat yang sesuai dan mudah dicapai oleh pemandu.

Warna putih, ungu dan krim menjadi tema bagi hiasan dalaman bas ini. Kelihatan seolah-olah ini adalah sebuah bas eksekutif apabila tema warna tersebut menghiasi ruangan dalaman bas. Bas ini menggunakan konfigurasi standard iaitu 2+2. Kerusi yang dipilih pula adalah dari jenis TKH yang bagi aku agak selesa untuk tempat duduk standard.

Konfigurasi Tempat Duduk Dalam TBB 4858

Kerusi dalam TBB 4858

Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ini benar-benar cantik meskipun corak yang dilayangkan pada bas ini ringkas sahaja, namun warna yang dipilih menaikkan seri TBB ini sekaligus menjadikannya suatu objek yang menarik untuk dipandang.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Tasik Kenyir Express untuk kelahiran TBB 4858, TBB 4868, TBB 4878 ini. Semoga Tasik Kenyir Express terus maju pada masa akan datang.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Tasik Kenyir Express…. Selesa, Ceria & Mesra…..


Responses

  1. syabas utk TKE

  2. tahniah Tasik Kenyir Ekspress di atas penambahan 3 buah bas baru……..semoga terus maju dan menten…….hehe…

    ak berharap sgt supaya Tasik Kenyir Ekspress dpt memiliki model DD satu hari nanti….🙂

    TQ bro hijjaz krn upload gambar yg cun melecun ni…….

    • Rasanya buat masa ni masih belum ada perancangan daripada pihak mereka untuk memiliki bas Double Decker, tp, siapa yang boleh ramalkan masa depan kan…. Apapun, terima kasih kembali krana sudi meluangkan masa melayari blog ini…. hehe =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: