Posted by: hijaz2402 | September 21, 2010

Trans Rengit… Antara Pilihan Terbaru Untuk Ke Pantai Timur

Trans Rengit… Itulah nama salah satu syarikat yang boleh dikatakan agak baru berkecimpung dalam dunia pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia ini. Sebelum ini aku penah ternampa gambar daripada rakan-rakan aku yang dah bertemu dengan bas ini. Dan pada 19 September 2010, sewaktu menjengah ke Hentian Putra, aku terjumpa bas ini sedang parking untuk menunggu penumpang.

Dan ketika itu, terdapat dua bas milik syarikat ini yang sedang menunggu ketibaan penumpang.

Trans Rengit adalah sebuah syarikat yang beralamat di :

Pada hari tersebut, perjalanan untuk bas ini adalah daripada :

Mengikut kata pemandunya, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang ke Gua Musang pada pagi tersebut. Bas milik Trans Rengit ini dibina oleh Sumai Engineering, sebuah syarikat membuat badan bas di Terengganu dan menggunakan cesi M.A.N 18.310.

Menjengah ke bahagian dalam bas ini, aku agak tertarik dengan tema warna yang dipilih kerana warna yang dipilih agak kontras antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, warna-warna yang dipilih sememangnya menarik untuk dipandang.

Bas ini menggunakan seat buatan TKH, seat yang aku rasakan agak selesa untuk kategori standard seating.

Setakat ini, Trans Rengit sudahpun mempunyai 6 buah bas. Dan pada hari tersebut, aku berjaya mendapatkan dua daripadanya.

WTN 6755 / Sumai Engineering / MAN 18.310

WTN 6755 / Sumai Engineering / MAN 18.310

WTU 1555 / Sumai Engineering / MAN 18.310

Bagi mereka yang mempunyai sebarang aduan, cadangan, mahupun pertanyaan tentang Trans Rengit ini, anda bolehlah menghubungi mereka di talian

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Trans Rengit. Semoga terus maju pada masa-masa akan datang.

About these ads

Responses

  1. Ooo…ingatkan company dri johor…dri selangor rupanya,mungkin ownernya berasal dari Rengit kot…

    • A’ah….. Menurut kata drebarnya, owner bas ni berasal dari Rengit, Johor…..

      • Menurut sumber yang dipercayai Owner mmg berasal dari Kg Sg Dulang Rengit…senior ku …tumpang berbangga dengan kejayaan anak tempatan..

  2. kenap tak mai butterworth lagi

    • Mungkin masih di peringkat perancangan…… =)

  3. Nama owner die Mahyudin..die da bukak kedai printing kat seksyen 7 tu..JP Master Printing..kedai dobi pun die bukak Ombak Rengit..kaya die tu

    • Terima kasih Nurul sebab sudi berkongsi maklumat ini….. =)

    • Ha…betol la tu ..mmg sah lah nama dia Mahyudin…nampaknya dia telah menharumkan nama kg kelahirannya di luar sana…semoga terus berjaya…

  4. tahniah org kite jadi tokey bas nie…. bas yang agak cantik dan simple…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: