Posted by: hijaz2402 | Julai 19, 2010

TT 7203… Daripada Ekspres Tasik Kenyir Kepada Wanstar Travel

TT 7203, inilah salah satu nombor pendaftaran bas yang pernah dimiliki oleh Ekspres Tasik Kenyir (kini dikenali sebagai Tasik Kenyir Express). Bas ini dibina oleh Master-Builder (M) Sendirian Berhad, dan dijanakan oleh enjen Isuzu LV771 V10.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

Sewaktu berada di bawah jagaan Ekspres Tasik Kenyir, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang bagi perjalanan Kuala Berang – Kuala Lumpur melalui Ketengah Jaya. Baru-baru ini sewaktu berjalan-jalan di sekitar Batu Caves, aku terserempak dengan bas ini yang sedang parking di tepi jalan. TT 7203 ini boleh dikatakan telah mengalami transformasi yang agak menyeluruh kerana muka hadapan dan belakangnya telahpun diubah.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

Jika dilihat daripada aspek luarannya, bas ini ternyata telah mendapat sentuhan yang agak banyak, tetapi masih mengekalkan bentuk badannya yang asal. Pemilihan warna-warna muda iaitu biru, kuning dan putih benar-benar menaikkan seri bas ini pada pandangan aku. Tema ‘burung’ pada badan bas ini juga kelihatan begitu menarik walaupun agak ringkas. Muka hadapan ala-ala SKS E128 yang dipadankan pada bas ini membuatkan ianya tampak garang jika dilihat dari hadapan.Menjengah ke bahagian dalam bas, ternyata dalaman bas ini sudahpun diperbaiki dan telah mengalami beberapa pengubahsuaian.

Susunan kerusi, pandangan hadapan...

Susunan kerusi, pandangan belakang.....

Kerusi pada barisan paling belakang pada bas ini juga telahpun diubah kepada kerusi yang lebih besar, yang memuatkan empat orang dalam satu baris. Camni gaya, aku pun nak duduk belakang sekali. hehe.

4 kerusi besar dalam 1 baris.....

Bahagian dalam TT 7203 ini benar-benar memukau pandangan aku kerana hampir keseluruhan bahagian dalamannya telah dibalut dengan fabrik berwarna biru, termasuklah bahagian bumbung, menjadikannya kelihatan lebih menyerlah dan cantik.

Bumbung yang turut dibalut dengan fabrik bewarna biru.....

Di bahagian hadapan pula, terdapat beberapa ‘pantang larang’ dan ciri-ciri bas ini ditampal pada cermin hadapannya. Antaranya ialah jaga kebersihan, dilarang membawa makanan dan minuman, VCD/DVD boleh didapati dalam bas ini dan lain-lain lagi.

'Pantang Larang', atau kata lainnya, tanggungjawab penumpang sewaktu berada di dalam bas......

Namun begitu, apa yang paling memukau pandangan aku adalah set TV LCDnya yang aku kira agak besar untuk diletakkan di dalam bas. Umah aku pun takde TV macam ni.

TV besor ni layan karaoke syok ooo......

Apabila ditanya tentang berapakah kos untuk mengubah suai dalaman dan luaran bas ini, pemiliknya telah menyatakan bahawa beliau telahpun berhabis sebanyak lebih 100 ribu ringgit bagi menaikkan kembali seri TT 7203 ini. Jika dilihat dari dalaman dan luaran bas ini, ternyata usaha beliau itu tidak sia-sia. Paling tidak pun bas ini masih boleh memberi perkhidmatan untuk lima ke sepuluh tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk menyewa bas ini bagi pelbagai tujuan, anda bolehlah menghubungi nombor 019 – 216 1136, atau emelkan kepada wanstar@hotmail.com. Dengan dalaman bas ini yang selesa dan sentiasa dijaga oleh pemiliknya, harga yang anda bayar untuk perkhidmatan bas ini ternyata takkan sia-sia. Apapun, tahniah kepada Wanstar Travel kerana telah berjaya membuatkan penumpang berasa gembira dan berpuas hati setelah menyewa bas ini, dan menjaga TT 7203 ini dengan sebaik mungkin, sebagai penghormatan terhadapnya. Semoga Wanstar Travel terus sukses pada masa akan datang.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10


Responses

  1. Enjinnya ditukar ke hijaz?tengok rim tu dah lain…

    • Mengikut kata pemiliknya, enjinnya masih lagi asal…. Cuma gearbox, je yg ditukar kepada hino, belon ditukar pada MAN…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: