Posted by: hijaz2402 | Mei 6, 2010

Mesra Liner Kini Di Hentian Putra

Mesra Liner merupakan salah satu operator yang agak baru di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini menggunakan bas-bas yang dibina oleh sksbus dan menggunakan cesis CP11-LW. Antara trip terawal bas ini adalah Butterworth – Kota Bharu, Butterworth – Kuala Terengganu & Butterworth – Seremban.

PJM 9066 / sksbus / CP11-LW

PJM 9066 / sksbus / CP11-LW

Baru-baru ini, ketika aku berkunjung ke Hentian Putra, aku ternampak kelibat bas Mesra Liner ini di situ. Pada mulanya, aku menyangkakan yang bas ini adalah untuk tujuan catar. Walaubagaimanapun, bas ini sedang memuatkan penumpang untuk laluan terbaru mereka iaitu

Kuala Lumpur - Jerteh - Pasir Putih - Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang

Bas-bas milik Mesra Liner ini menawarkan seat Super VIP yang selesa bagi perjalanan tersebut.

Seat APM Super VIP yang boleh memuatkan 30 penumpang.

Bas ini dibina oleh sksbus dan menggunakan cesis CP11-LW, yang mana boleh dilihat melalut pelekat yang ditampal di sisi bas.

Pelekat yang menunjukkan kenapa sksbus wajar diberi 'thumbs up'.

Bas-bas Mesra Liner ini menggunakan permit Hasrat Terbilang Sdn. Bhd. yang beralamat di

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Mesra Liner untuk laluan baru mereka ini.


Responses

  1. da2… 9066 neyh da msuk rumah org da.. padam2.. wat malu jea!~

    • Kenapa plak nak malu… Berdasarkan sumber, bas tu terbabas sebab MENGELAK KERETA YANG MEMOTONG DARI ARAH BERTENTANGAN….. “Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan dikatakan mahu mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang sedang memotong sebuah lori. Akibat cuba mengelak dari melanggar kereta itu, pemandu bas itu hilang kawalan menyebabkan bas itu terbabas dan merempuh rumah berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Haliluddin Rahim” (Sumber : http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/5/mstar_jenayah/20101204202527&sec=mstar_jenayah ) ….Jadi bas yang patut malu ke, atau kereta yang memotong tu yang tak tahu malu…? =)

  2. Assalamualaikum..

    Sekiranya saya berminat untuk menjadi wakil jualan tiket di UUM apa yang perlu saya lakukan. Saya sekarang sudah ada kaunter menjual tiket bas persiaran.
    Terima kasih.

    • Waalaikumussalam w.b.t… Saudara yaakob mungkin boleh menelefon talian yang tertera pada badan bas bagi mendapatkan maklumat tentang prosedur untuk menjadi agen jualan tiket atau berbincang sendiri dengan pihak pengurusan syarikat bagi mencapai kata sepakat… =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: