Posted by: hijaz2402 | April 9, 2010

Sepetang Bersama WKC 7678

Baru-baru ini, aku berkesempatan mencuba salah satu bas milik Genting Express, bernombor pendaftaran WKC 7678. Bas ini dibina oleh Transcoach (kini dikenali dengan nama Scomi), dan menggunakan cesis Mercedes-Benz 1627 V8. Bas ini tiba di Terminal Putra Gombak pada pukul 3 petang.

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Mengikut kata drebarnya, bas ini tripnya bersilih ganti antara Terminal Putra, Pasarakyat, Puduraya dan lain-lain tempat lagi. Walaubagaimanapun, pada hari tersebut, perjalanan bas tersebut adalah

Gombak - Resort World (Stesen Kereta Kabel Goh Tong)

Apa yang menariknya tentang bas ini, adalah dalamannya yang aku kira agak ringkas. Cuma menempatkan kerusi penumpang, lampu dan saluran penghawa dingin. Kenapa tidak diletakkan ruang meletak barang di bumbung sedangkan ini adalah bas ekspres? Jawapannya mudah. Jalan di Genting highland yang bengkang -bengkok memungkinkan barang-barang yang diletak di atas kepala akan jatuh dan seterusnya membahayakan penumpang.

Interior bas ini. Perhatikan bahagian atasnya yang tidak mempunyai ruang meletak barang.

Kerusi penumpang di dalam WKC 7678

Tepat jam 4.05 petang, bas ini memulakan perjalanannya ke stesen kereta kabel Goh Tong. Perjalanan kami agak lancar memandangkan jalan tidak begitu sesak. Ditambah pula dengan lenggok belon V8 yang benar-benar menjalakan tugasnya, bas ini sememangnya selesa walaupun usianya agak lama. Dan ketika mendaki bukit, ketiadaan turbo pada bas ini amat jelas dirasai. “V8 ni buleh naik bukit, bukan xleh naik, cuma makan masa sikit,” seperti kata drebarnya. Kira-kira jam 4.45 petang, kami tiba di stesen kereta kabel Goh Tong.

Dua generasi Genting Express yang 'berehat' selepas menurunkan penumpang di stesen Goh Tong.

Kira-kira jam 5.10 petang, bas ini mula memasuki terminal bas Goh Tong untuk mengambil penumpang. Bas-bas untuk ke One Utama, Kajang, KL Sentral dan lain-lain tempat lagi boleh didapati di sini.

Sewaktu mengambil penumpang di Terminal Goh Tong.

Ruang yang disediakan untuk bas ke terminal Gombak.

Pada pukul 5.20 petang, pintu ditutup, roda bas mula bergerak, dan bermulalah perjalanan menuruni Genting Highland yang aku kira agak ‘menakutkan’. hehe. Jalan sempit + gaung kat tepi + selekoh yang complete u turn = Seram sejuk aku dibuatnya. Tapi sememangnya drebar bas genting ini bukan calang2 drebar. Setelah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat ini, memandu bas naik dan turun genting selama 10 tahun, drebar ini telah masak benar dengan keadaan jalan di situ. Belon, brek, enjin Mercedes 1627 V8 ini juga turut memainkan peranannya dengan cemerlang. Dan pada jam 6.10 petang, kami tiba di Terminal Gombak.

Menurunkan penumpang di Terminal Putra, Gombak.

Secara keseluruhannya, aku rasakan perjalanan kali ini amat memuaskan. Konsistensi belon Mercedes 1627 V8 ini jelas dapat dirasai pada setiap bonggol dan selekoh. Cesisnya yang agak berat membuatkan bas ini seolah-olah ‘melekat’ pada permukaan jalan, terutamanya ketika mengambil selekoh. Ditambah pula dengan pemandunya yang boleh dikatakan berpengalaman dengan selekoh-selekoh di Genting, WKC 7678 ini mempunyai pakej yang cukup lengkap bagi membolehkannya mendapat kepercayaan membawa penumpang mendaki dan menuruni Genting Highland. Apapun, terima kasih WKC 7678, terima kasih Genting Express.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: