Posted by: hijaz2402 | April 1, 2010

WLY 9888 Yang Bertukar Livery

Tentu ramai yang mengenali atau penah nampak bas-bas milik Eltabina Express kan? Bas-bas mereka boleh dijumpai di merata-rata, utara, selatan bahkan di Singapura. Dengan livery mereka yang bewarna biru muda, dan tiga jaluran berwarna-warni di bahagian bawah, bas-bas Eltabina Express begitu mudah dikenali. Dan salah satu bas milik mereka yang pada asalnya mempunyai livery sedemikian adalah WLY 9888. Namun, pada baru2 ini, ketika aku berkesempatan menjengah ke depoh Eltabina, WLY 9888 ini sudah dicat dengan livery yang baru.

WLY 9888 / SKS Coach&Works / Scania 310

Bas ini dibina oleh SKS Coach&Works (kini dikenali dengan nama sksbus) dan menggunakan cesis Scania bersesaran 9-Liter dan mempunyai kuasa kuda sebanyak 310 hp. Badan bas ini berkod E68 dan diasaskan daripada model Travego. Namun, apa yang menariknya pada E68 milik Eltabina ini adalah mereka menggunakan muka depan E98. Agak menarik dan ngam ngan bodi, pada pandangan aku la..

WLY 9888 / SKS Coach&Works / Scania 310

Secara keseluruhannya, livery ini berasaskan livery bas dua tingkat juga milik Eltabina Express. Livery ni memang cantik, agak ‘catching’ dengan pemilihan warna merah, jingga dan kuning yang diadun dengan cantik.

WLY 9888 / SKS Coach&Works / Scania 310

Dan aku dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas di depoh tersebut bahawa bas ni telah dicat oleh sksbus, yang sememangnya terkenal dengan kecantikan dan keunikan livery-livery yang telah mereka keluarkan. Apapun, tahniah dan syabas kepada Eltabina Express. Terima kasih kerana atas kerjasama yang telah diberikan. Eltabina Express,  Travel With Style…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: