Posted by: hijaz2402 | Mac 29, 2010

Jalan-Jalan Bersama BKM 6789

Baru-baru ini aku berkesempatan mencuba salah satu daripada keluarga Double Deck milik Syarikat Pengangkutan Bumi atau SP Bumi, bernombor pendaftaran BKM 6789. SP Bumi adalah salah sebuah syarikat bas yang dilahirkan di Terengganu. Bermula daripada bas teng2, dengan perlahan-lahan SP Bumi mula menceburi dunia bas ekspres dan sekarang, bas-bas milik syarikat ini boleh dijumpai hampir di seluruh Semenanjung Malaysia.

BKM 6789 yang sedang menurunkan penumpang di Hentian Putra

BKM 6789 ini dibina oleh sksbus dan menggunakan enjin Scania K124EB 420. Pada hari tersebut, perjalanan BKM 6789 ini bermula di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu, seterusnya ke Kuala Lumpur melalui Dungun, Kemaman dan Kuantan. Ngam2 kitorang keluar daripada hentian putra tu, jalan jem teruk, penangan hujan lebat yang dah turun hampir sejam yang lalu.

Sungai Gombak (Bersebelahan Jalan Kuching) setelah hujan lebat

Jem teruk di Jalan Kuching membuatkan kami agak terlewat untuk ke destinasi seterusnya. BKM 6789 ini masih perlu menurunkan penumpang di Klang Sentral dan Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam. Memandangkan hari sudah lewat petang, drebar bas ni mengambil keputusan untuk lalu ikut NKVE, pacak tross ke Klang.

Suasana Lepas Hujan + Orang Baru Balik Kerja = Jem x hingat... hehe

Akhirnya lebih kurang jam 7.30 malam, kami tiba di Klang Sentral. Sesudah menurunkan penumpang, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Dan akhirnya, pada jam 8.05 malam, kami tiba di Terminal Bas Sek17, Shah Alam.

Sejurus selepas tiba di terminal bas Shah Alam

Lebih kurang jam 8.35 malam, kami bertolak ke Hentian Bas Putra, Kuala Lumpur kerana BKM 6789 ini perlu mengambil penumpang dari sana pada jam 10.00 malam untuk pulang ke Kuantan, Kemaman, Dungun, dan seterusnya berakhir di Kuala Terengganu.

Berhenti Mengisi Minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Hentian Putra

Akhirnya pada jam 9.55 malam, kami tiba di Hentian Putra dan seperti yang dijangka, pada malam itu, memang ramai orang yang menanti di Hentian Putra untuk pulang ke kampung masing-masing. Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ini sememangnya memuaskan, interior bas ni agak cantik, dengan seat Super VIP yang selesa.

Seat 2+1 yang selesa

Single Seat di dalam bas ini

Tetapi aku merasakan sedikit ralat apabila melihatkan air-cond ventilationnya yang tidak ubah seperti bas-bas untuk perjalanan dekat seperti RapidKL. Mungkin ianya sengaja dibuat demi mempamerkan keunikan BKM 6789 ini. Aku terfikir, kalaulah bas ini berjalan pada waktu malam, hujan pulak tu, adakah cara untuk menutup penghawa dingin ini selain daripada memberitahu drebar. Bak kata drebarnya, “Tera ah tutup kalo buleh, nok tutup gane, pakai salotep?Ke sumbat ngan tisu? (Cuba la tutup kalau boleh, nak tutup camaner, pakai pelekat?Ke sumbat dengan tisu?)” dalam loghat Terengganunya.

Air-cond ventilation yang kelihatan seperti bas teng-teng...Macam RapidKL tu...

Apapun, BKM6789 ini sememangnya selesa, dan drebarnya juga memandu bas ini dengan berhemah. Terima Kasih BKM6789, Terima Kasih SP Bumi. SP Bumi, truly a Royal Class….

Royal Class.... Kaler kuninglah katakan...hehe


Responses

  1. mana artikel tntang ekspres adik beradik?
    nk tau nh..
    syg bas 2

    • Akan diusahakan pada masa akan datang… =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: