Posted by: hijaz2402 | Mac 26, 2010

KL Yang Sememangnya KeLakar…

Petang tadi, sedang aku dok kemas2 barang, tetibe je housemate aku bising2.. Katanye ade ‘show’ best kt bawah.. Aku pun pegi la kat balkoni umah aku, skali aku tengok lorong kat sebelah umah aku dah jem teruk.. Kebetulan plak hari ni hari jumaat, ade pasar minggu kat area rumah aku…

Jalan jem teruk... Selalunya takdela jem sampai macam ni.... Kalo stakat orang parking kat kiri kanan jalan tu biasa la....

Tapi hari ni jem dia berlainan dari biasa…dan bile tgk depan sket, aku tengok org dok berebut kat satu simpang tiga… Yang sorang tu nak keluar simpang, sorang lagi nak masuk simpang…. Dua2 takmo kalah pulak tu… Last-last sume orang jadi ‘mangsa’…. Depa ni pegang prinsip, ‘kalo aku x jalan, ko pun x leh jalan jugak’… he he

Inilah simpang tiga yang dimaksudkan....

Dan lebih kurang 20 minit diorang ni dok macam tu, trafik pun makin lama makin sesak, dtgla sorang brader menyelamatkan keadaan… Kalo x ada brader tu, alamatnya pasar malam dah nak tutup baru selesai la jawabnya kot…

Lebih kurang 20 minit selepas gambo pertama dan kedua.... Anda nilailah sendiri...

Melihatkan keadaan ni, aku agak bersyukur la sebab cuma pakai motor… Jalan jem macam ni pun x terasa sangat… Tup2 dah sampai depan… Tapi logik la org cakap, kalo jalan jem, nk bjalan stakat 2 ke 3 kilometer pun makan masa berjam-jam… Cuma aku terpikir, kalo la salah sorang dari mereka beralah, bagi sedikit ruang untuk kereta lalu, tentu masalah ni dapat diselesaikan… Apapun, inilah Kuala Lumpur… =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: