Posted by: hijaz2402 | Mac 24, 2010

WLX 9256 Yang Berubah Sepenuhnya

Jika dilihat pada no plet dia atas, ternyata plet ini sudah lama…. Tetapi percaya atau tak, bas ini sememangnya telah mengalami perubahan sepenuhnya menyebabkan ianya nampak baru sama seperti geng2 WTB, WTC, bahkan WTM dan seterusnya… Ya, WLX 9256 ini dimiliki oleh Darul Naim Express… Bas ini pada asalnya dibuat oleh MitoTech dan dibina di atas cesis Scania K94 310… Berikut adalah gambar bodi asal bagi WLX 9256 ini…

WLX 9256 / MitoTech / Scania 310

WLX 9256 / MitoTech / Scania 310

Gambar di atas diambil pada tahun 2007, lokasinya di jalan masuk ke Open University Kampus Kota, berhampiran hentian putra… Walaubagaimanapun, pada 23 Mac 2010, di lokasi yang sama, sekali lagi aku bertemu dengan WLX ini, tetapi sudah dipasangkan badan bas yang baru padanya….

WLX 9256 / sksbus / Scania 310

WLX 9256 / sksbus / Scania 310

WLX 9256 / sksbus / Scania 310

Bukan sahaja dipasangkan badan bas yang baru, bahkan coraknya juga adalah baru dan kelihatan lebih menyerlah berbanding corak lamanya, ditambah pula dengan pemilihan warna Merah Ferrari yang menaikkan seri bas ini… Walaubagaimanapun, gambar dalaman bas ini tidak dapat diambil kerana ketika ini, drebar bas tersebut sedang lena dibuai mimpi dan aku tidak mahu mengganggu mimpi indah drebar tersebut… hehe

Apapun, tahniah diucapkan kepada sksbus kerana berjaya menaikkan kembali seri WLX 9256 ini, tahniah juga kepada Darul Naim Express… Semoga sukses selalu…


Responses

  1. mngkin jgak ini bas lain yang mnggunakan no. plate yg same…:P

    • Bas terbina daripada dua bahagian utama, cesis dan badan. Badan asal bas ini dibina oleh MitoTech. Walaubagaimanapun, badan asal bas ini digugurkan dan dibina semula oleh sksbus, tetapi masih menggunakan cesis yang sama. =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: