Posted by: hijaz2402 | Mac 24, 2010

Livery Baru Untuk Pearl Holiday?

Pearl Holiday adalah salah satu daripada syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas persiaran di Semenanjung Malaysia. Salah satu ciri istimewa dan dikira agak unik pada livery bas-bas milik syarikat mereka adalah kapal yang belayar serta matahari senja dan ombak besar yang seolah-olah ‘mengejar’ kapal tersebut.

WPV 5678 / sksbus / Scania 380

WPV 5678 / sksbus / Scania 380

Walaubagaimanapun, pada petang kelmarin, sewaktu menemani kawan membaiki motosikalnya di jalan Tunku Abdul Rahman (berhampiran CIMB & Tune Hotel), aku ternampak kelibat bas bernombor pendaftaran BHJ 5678 milik Pearl Holiday ini dengan livery yang agak berbeza, tapi masih mengekalkan keunikan mereka, iaitu Kapal Layar, Matahari, dan Ombak Besar.

BHJ 5678 / SKS Coachbuilders / Mercedes-Benz

BHJ 5678 / SKS Coachbuilders / Mercedes-Benz

Walaubagaimanapun, aku tidak sempat untuk mengambil gambar hadapan bas ini disebabkan lampu isyarat telah bertukar hijau dan bas ini terus berlalu dengan jayanya. Pada pandangan aku, livery ini kelihatan lebih ‘realistik’ berbanding livery lamanya yang kelihatan sedikit ‘kartun’. Tetapi, ianya tetap cantik, dan tona warnanya juga kelihatan lebih cerah.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk melihat dengan lebih lanjut pakej2 yang ditawarkan oleh syarikat ini, anda bolehlah klik kepada laman web rasmi milik Pearl Holiday iaitu Pearl Holiday .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: