Posted by: hijaz2402 | Mac 21, 2010

Cepat Ekspres Kemalangan… Adakah drebar yang salah?

” KUANTAN: “Saya rasa bagaikan mimpi kerana kejadian itu berlaku sekelip mata,” kata pemandu bas Cepat Ekspress, Mohamad Faizal Abdullah, 52, ketika menceritakan semula kejadian selepas bas dipandunya terbabas dan menggelongsor di jalan raya sejauh 55 meter sebelum terbalik di dalam tali air sedalam dua meter di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating, pagi semalam.

Enam penumpang bas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat cedera parah, manakala 34 lagi penumpang dibawa ke Hospital Kemaman (HK). Mohamad Faizal berkata, ketika kejadian, semua penumpang yang tidur terkejut akibat hentakan kuat ketika menggelongsor di jalan raya. Katanya, dia tidak tahu bagaimana bas dipandunya boleh hilang kawalan kerana ketika itu tiada halangan di jalan. Malah dia juga mendakwa tidak mengantuk tetapi percaya kemalangan berpunca daripada jalan licin akibat hujan lebat.

Saya juga tidak memandu laju kerana ketika itu hujan lebat dan saya bersyukur semua penumpang selamat dan berjaya dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan awal mendapati Mohamad Faizal yang berasal dari Kluang, Johor Bahru dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh. ”

Cepat Ekspres yang terbalik lalu jatuh ke dalam parit... Syukurlah semuanya selamat, tiada kemalangan jiwa berlaku, walaupun ramai yang cedera... Semoga semua mangsa kemalangan cepat sembuh...

Apa yang aku cuba highlightkan di sini, kemungkinan besar kemalangan ni berlaku atas faktor jalan licin dan hujan lebat.. Dan bukannya kerana DREBAR TIDAK BERHATI-HATI @ DREBAR BAWAK LAJU… Sebab dah menjadi lumrah kita warganegara Malaysia, setiap kali berlaku kemalangan, makhluk pertama yang menjadi sasaran untuk dicaci, dimaki, bahkan dikeji, adalah drebar bas itu sendiri… Dan  disebabkan pandangan-pandangan dangkal sebegini la  golongan pemandu ni (BAS terutamanya) dianggap seperti pembunuh di negara kita…

Tetapi pernahkah anda terfikir, memandu bas bukanlah semudah yang disangka.. Tinggi, besar, kuat berayun kiri ke kanan, memakan jarak yang lebih panjang untuk berhenti berbanding kereta, sume tu adalah sifat-sifat semulajadi pada sebuah bas.. Jadi, untuk mengawal kenderaan besar seumpama ini, ianya memang memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi..

Anda tentu pernah memandu kereta, ataupun menunggang motosikal dengan membawa penumpang di belakang anda kan.. Anda berusaha untuk memandu atau menunggang dengan selamat supaya penumpang anda selamat tiba ke lokasi yang dituju.. Dan anda merasakan beratnya tanggungjawab menjaga keselamatan penumpang kerana bahaya di jalan raya boleh datang dari semua arah.. Itu baru 2-5 orang penumpang kan, dah terasa beban yang berat untuk digalas… Bagaimana pula jika ada 30-40 penumpang yang sedang nyenyak tido di belakang anda, dan tanggungjawab menjaga keselamatan mereka dan memastikan mereka tiba ke destinasi berada di bahu anda?

Dan itulah yang dirasai oleh pemandu2 bas ini… Mereka berusaha untuk memastikan anda selamat tiba ke destinasi kerana mereka faham “Kepulangan Anda Ditunggu, Tetapi Bukan Dengan Ratapan Pilu“. Jika berlaku kemalangan, dan lebih teruk lagi, kemalangan tersebut melibatkan kematian, semua mata tertumpu kepada pemandu yang mengendalikan bas tersebut… TETAPI, jika kita selamat tiba ke destinasi, dan pemandu tersebut telah membawa bas dengan berhemah, berapa kerat di antara kita yang mengucapkan TERIMA KASIH kepada pemandu tersebut, sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah memandu dengan selamat…?

Tidak dinafikan, ada segelintir pemandu yang gemar memandu laju, memandu secara melulu dan bermacam-macam lagi.. Namun, amatlah tidak wajar kerana segelintir pemandu ini, semua pemandu bas dianggap sebegitu… Tidak ada pemandu yang ingin menjadi pembunuh di jalan raya, bahkan sengaja mahu mengorbankan nyawa penumpang2 mereka di jalan raya…

Jadi, selepas ini, hentikan la perangai menuding jari terhadap pemandu bas setiap kali berlaku kemalangan… Kaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu punca kemalangan dan sebab musabab ianya berlaku sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau kenyataan…. Belajarlah untuk menghargai dan menghormati pemandu kerana mereka juga manusia, punyai hati dan perasaan seperti kita… Jika kita tidak suka ditengking, dimarahi, bahkan dicaci, maka mereka juga begitu…


Responses

  1. tapi aku kerap dengar penumpang yg menaiki CE berkata memang cepat…

    • Tidak dinafikan, ada sesetengah pemandu yang memandu bas dengan laju tanpa memikirkan nyawa penumpang-penumpang yang berada di belakang mereka… Tetapi, tidak semua pemandu bersikap begitu…. Maka, tidak adil jika kita menyalahkan semua pemandu termasuk mereka yang telahpun memandu bas dengan berhemah dan membawa penumpang selamat sampai ke destinasi hanya kerana segelintir pemandu yang memandu bas dengan laju….. Malang, sememangnya tidak berbau, tak dapat dijangka….. Kembali pada ketentuanNya, jadi, maka jadilah………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: