Posted by: hijaz2402 | Mac 20, 2010

Sepetang Bersama DBN 4000

Jumaat , 19 Mac 2010, aku berkesempatan untuk mencuba bas baru milik ekspres Perdana…. Bas yang aku naiki bernombor plet DBN 4000 n berkaler oren ngan berbelang hitam dan bermacam-macam ‘ber-‘ lagi…. Perjalanan aku bermula di hentian putra… Kire2 pukul 5.50 petang, bas ni masuk terminal, turunkan penumpang, dan menunggu di tepi Jalan Kuching untuk transfer penumpang yang ingin ke kajang (trip DBN 4000 ni akan berakhir di shah alam pada hari tersebut)…

DBN 4000 / sksbus / CP11-LW

Akhirnya, setelah lebih kurang setengah jam menanti, bas untuk ke kajang tersebut tiba dengan lemah gemalainya… Jalan jem teruk (Orang KL balik kerja + Pesta Buku di PWTC = Nak masuk gear tiga pun sakit)…

Inilah bas yang dimaksudkan... Trip DBN 2000 ni akan berakhir di Kajang

Sesudah transfer penumpang untuk ke kajang, DBN 4000 ni meneruskan perjalanan untuk ke shah alam… Jalan jem teruk, menyebabkan kami tiba di shah alam kira2 pukul 7.45 malam, ‘lewat sungguh ti’ mngikut kata drebarnya…

Mengambil penumpang di terminal bas Sek 17, shah alam....

Pukul 8.15 malam, bas ni mula masuk ke terminal untuk mengambil penumpang… Jumlah penumpang agak ramai pada malam tersebut memandangkan cuti sekolah sudah hampir tamat.. Ngam2 pukul 8.55 malam, pintu bas ditutup dan seterusnya kami mula bergerak menuju ke hentian Putra… Dan sepertimana yang aku sebutkan pada awal2 tadi, kesesakan teruk di PWTC menyebabkan kami agak lewat masuk ke terminal putra, iaitu pada pukul 9.50  malam…

Penumpang yang ramai menunggu giliran untuk naik bas tersebut...

Akhirnya bas tersebut keluar terminal pada pukul 10.30 malam (memang rata2 bas ke kota bharu semuanya lewat pada malam tersebut)… Apapun, perjalanan ni memang menarik… So, kepada orang yang tinggal di sekitar shah alam, kajang dan kuala lumpur yang ingin pulang ke kota bharu, jerteh, anda boleh la mencuba bas Perdana Ekspres ni… Secara keseluruhannya, seat dia memang selesa, 2+1, kuasa enjen pun tidak menghampakan…

Seat SUPER VIP dalam bas tersebut

Seat 2+1 yang selesa menghiasi ruang dalaman bas ini

Seat yang ditawarkan dalam DBN 4000

Apapun, terima kasih diucapkan kepada DBN 4000, terima kasih kepada Perdana Ekspres.


Responses

  1. Selamat dan selesa..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: