Posted by: hijaz2402 | Mac 20, 2010

Sayang TAK TAK… (^_^)

Sayang TAK TAK. Bagi kawan-kawan yang ade ym aku, tentu selalu tengok ungkapan ni dalam ym. TAK TAK ni asalnya daripada no plet bas kesayangan aku, TAK 4351 milik Tasik Kenyir Express. Dapat kat salah sorang member aku, dipanggilnya bas ni TAK TAK. Start hari tu la aku mula panggil bas ni TAK TAK. Dibuat oleh SKS Coachbuilders dan dijanakan oleh enjen Nissan Diesel UD JA450S, bas ni memang menjadi kesayangan aku. Ngauman UD JA450S sedap woo, bunyik semangat aku tuh. Hehehe…

TAK 4351 - Pandangan Hadapan

TAK 4351 - Pandangan Belakang

Kenapa aku sayang sangat kat bas ni? Hmm, aku sendiripun x tahu, tapi bagi aku bas ni memang banyak nilai sentimentalnya. Tambah-tambah lagi, memang banyak kenangan aku bersama bas ni. Sebab tu aku sayangkannya. Aku kenal Sungai Petani, aku kenal Alor Setar, aku kenal Jitra, aku kenal Kangar, aku kenal Kuala Perlis, semuanya sebab bas ni. Nak harapkan aku bawak kete sendiri, sampai ke tua pon belum tentu aku nak sampai sana.

Bas kesayangan aku tengah di'mandi'kan di Terminal Kuala Perlis

Berkilat-kilat... hehe (^_^)

Tapi dalam masa 24 jam jer, bas ni dah bawak aku ke macam2 tempat. Kene plak bas ni dikendalikan oleh dua drebar yang bagi aku memang ‘matching’ giler, iaitu En. Sukeri Bin Saudar, dan En. Mohammad Sakri Bin Kadir. Sebabnya? En Sukeri antara drebar yang bagi aku paling pandai melayan UD JA terutamanya kat jalan bukit manakala En Sakri plak terkenal ngan sifatnya yang ramah (mana taknya, sampai bas skolah pun dia nak bagi flash hi-beam… hehe). Apapun, TAK 4351 tetap menjadi bas kenangan buat aku (bas yang masih wujud selepas pemergian Hijaz Travel & Tours). Sayang TAK TAK. (^_^)

Sepetang Di Kuala Perlis...

Yang ni memang aku surrender ngan Nissan.... Kedarah minyak x hingat....heheh


Responses

  1. hijaz, bas mu naik bas TAK ni sampai Kuale Berang ke?

    Bukit Bading gi dok?

    • Trip untuk bas ni, Kuala Berang – Kuala Terengganu – Bandar Permaisuri (melalui Jalan Sg Tong) – Jerteh – Sg Petani – Alor Setar – Kangar – Kuala Perlis
      Jadi bas ni x masuk bukit bading tu… Melainkan bas Tasik Kenyir trip ke kuala lumpur, haa, tu baru lalu ikut bukit bading… =)

  2. bro..nk tya ni,mcm ne nk beli tiket selain pergi ke kaunter?coz sy dk taiping,ingin blk ke ambs,so klu boleh sy nk naik bas trs ke ambs…..mcm ne bro…boleh tlg x?

    • Ada sesetengah syarikat seperti Transnasional, Mara Liner dan lain-lain lagi menawarkan pembelian tiket secara online. Selain tu, tiket transnasional jugak boleh dibeli di kaunter2 yang terdapat di stesen petronas yang terpilih. Walaubagaimanapun, sy sarankan beli tiket di kaunter bas yang sah kerana di stesen bas terdapat lebih banyak pilihan dan jugak untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dsan masalah yang mungkin timbul. =)

      Kalo trip direct dari taiping ke ambs @ kuala berang @ ajil masih belum ada lagi setakat ni. Jadi, antara pilihan yang ada, dari taiping, turun ke ipoh, naik bas ipoh-KT (samada SP Bumi @ Kesatuan dll), pastu dari MBKT naik bas teng2 yang melalui AMBS. Tak pun, sedara boleh jugak naik bas dari taiping ke KL, turun di hentian bukit jalil (buat masa sekarang), naik star LRT (stesen bukit jalil), turun di stesen PWTC (dekat dengan hentian putra), boleh terus naik Tasik Kenyir Express @ Mega Jaya Express, direct dari KL ke AMBS…. =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: