Posted by: hijaz2402 | Mac 11, 2010

Tasik Kenyir Express

Tasik Kenyir Express merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengangkutan awam di Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Ekspres Tasik Kenyir, Tasik Kenyir Express terus berusaha demi memenuhi kehendak pelanggannya dan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Melalui namanya sahaja, sudah tentu ramai yang dapat mengagak ke mana destinasi bas-bas Tasik Kenyir Express ini. Ya, bas-bas ini sememangnya membawa penumpang ke Tasik Kenyir, salah satu destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Alah, macam la korang tak kenal Tasik Kenyir. Kalau tak kenal, better gi rujuk kat jabatan pendaftaran, sahkan yang korang adalah warganegara Malaysia.

Setakat ini, laluan Tasik Kenyir Express adalah Kuala Berang-Ajil-AMBS-Jerangau-LPT(Jabor Interchange)-Kuala Lumpur dan Kuala Berang-Kuala Terengganu-Jerteh-Lebuhraya Timur Barat-Sungai Petani-Alor Setar-Kuala Perlis.

Untuk mereka yang tinggal di ibukota dan ingin merasai kedamaian di Tasik Kenyir, ataupun kaki-kaki pancing yang ingin menikmati keseronokan memancing kelah dan toman di Tasik Kenyir, Tasik Kenyir Express sedia membawa anda ke sana dengan selamat. Selamat maju jaya buat Tasik Kenyir Express.

Antara bas-bas yang dimiliki oleh syarikat ini :

TAE 138 / SKS Coachworks / MAN 18.310

TAE 148 / SKS Coachworks / MAN 18.310

TAE 158 / SKS Coachworks / MAN 18.310

TAE 4868 / SKS Coachworks / UD JA 450S

TAK 4347 / SKS Coachbuilders / UD JA450S

TAK 4349 / SKS Coachbuilders / UD JA450S

TAK 4350 / SKS Coachbuilders / UD JA450S

TAK 4351 / SKS Coachbuilders / UD JA450S

TAU 1716 / Scomi / UD JA452S

TAU 1725 / Scomi / UD JA452S

TAU 1727 / Scomi / UD JA 452S


Respon

  1. salam. nk tny..bas tasik kenyir express nih dr kuala tganu ke kuala berang pukol brape je y ade? n agk2 brape tmbg dia eh? tq~~

    • Buat masa sekarang, bas Tasik Kenyir tiada perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang. Bas Tasik Kenyir Express yang memasuki terminal bas MBKT bermula di Kuala Berang, berakhir di Kuala Perlis dan begitulah sebaliknya. Kuala Terengganu hanyalah persinggahan, iaitu sekadar tempat mengambil dan menurunkan penumpang, bukannya destinasi bagi bas ini. Harap maklum…… =)

      Walaubagaimanapun, waktu perjalanan bagi bas ini adalah seperti dibawah :

      Dari Kuala Berang
      – 8.00 malam – Terminal Bas Kuala Berang
      – 9.30 malam – Terminal Bas MBKT
      – 11.00 malam – Stesen Bas Jerteh

      Dari Kuala Perlis
      – 8.00 malam – Terminal Bas Kuala Perlis
      – 9.30 malam – Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar
      – 11.00 malam – Terminal Bas Sungai Petani

      Mudah-mudahan ini dapat membantu. Terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog saya ini….. =)

  2. nak tanye xder no tel ker yang boleh hubungi…urgent nie…

    • Untuk makluman lanjut, sila hubungi : 03-4044 4276 / 09-822 1276 / 09-822 1069

  3. hello mr. hijaz 2402..
    sorry to interrupt..
    i’m kindly request for your response to my question below..
    where can i possibly see the picture of the brand new tasik kenyir express bus..
    as far as my concern, there already added up new buses, registered as TBB 4858, 4868, and 4878..
    there were no hidden intentions for this request, as I really admire this company because this is the express bus company that gives me a very wonderful moment in my life.. i am a tourist, and i went to tasik kenyir several times before, by using this bus company..
    hope to hear from you soon..
    thank you very much..

    • Hello there mr.damien lockhart… Yes, they have already added three more buses to their fleet, and me myself has got some pictures of that buses. However, since those buses are still in the factory, i still can’t reveal those pictures as to respect the Tasik Kenyir Express company because buses in the factory area are considered private and confidential. However, if those buses started their trip assigned to them, as informed to me those TBBs will be going from/to Kuala Berang to/from Kuala Lumpur, then i will reveal those pictures. I’m really sorry if this disappoint you mr.damien… But i promise, once those TBBs started their trip, i will make a review about those buses in my blog… Thank you for supporting Tasik Kenyir Express… =)

  4. saya dari KL nak ke Kuala Berang.kne turun ke K.T’gnu dlu ke.tkde ke tmpt yg pling hmpir dngn Kuala Berang dan bas apa yg nak naik klu nak ke Kuala Berang dri K.T’gnu.harga tiket brapa?

    • Kalau dari KL (Hentian Putra), anda boleh memilih samada untuk menaiki Tasik Kenyir Express, Mega Jaya Express dan Konsortium E Mutiara bagi perjalanan ke Kuala Berang. Harga tiket adalah dalam lingkungan RM 39 – RM 41…. =)

  5. Salam….
    Nak tya bus ni masih ada perkhidmatan lagi ke utk perjalanan dari kuala perlis @ alor setar ke kuala berang?Klu ada pukul berapa masa bertolak dari kuala perlis @ alor setar dan pukul berapa anggaran masa akan tiba ke kuala berang?Harap dapat beri info secepat mungkin…tak pun boleh bagi phone number kaunter tiket di kuala perlis atau alor setar….tq

    • W’salam…. Tasik Kenyir Express masih lagi berperasi untuk laluan Kuala Perlis – Alor Setar – Sungai Petani – Jerteh – Kuala Terengganu – Kuala Berang…. Bagi masa perjalanan, bas akan bertolak dari Terminal Bas Kuala Perlis pada jam 8.00 malam, dari Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar pada jam 9.30 malam, dari Terminal Bas Sungai Petani pada jam 11.00 malam, dan seterusnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.45 pagi, dan seterusnya tiba di Terminal Bas Kuala Berang pada jam 6.30 pagi….. Harap Maklum

  6. salam..saya dr kuala lumpur..kalo sya nak terus pergi ke tasik kenyir sya boleh naik bas dari stesen hentian putra kan? tq.

    • W’salam…. Ya, anda boleh terus menaiki bas Tasik Kenyir Express dari Hentian Putra, perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir….

  7. nak tanya bas tasik kenyir kalo dr kl..masok ketengah jaya tak,waktu perjalanan pukul berapa

    • Bas Tasik Kenyir Express untuk / dari KL memang masuk Ketengah Jaya….. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket Terminal Bas Ketengah Jaya dan bas boleh dinaiki di terminal tersebut… Waktu perjalanan dari Kuala Lumpur adalah pada pukul 9.00 pagi / 9.00 malam, dari Kuala Berang pula adalah pada pukul 9.45 pagi / 9.00 malam, manakala bas dijangka tiba di Ketengah Jaya pada pukul 11.30 pagi / 11.00 malam…..

  8. nak tanya kalo bas tasik kenyir dr kl pukul 11malam…sampai ketengah jaya pukul berapa yer..

  9. sory…kalo bas tasik kenyir dr kl pukul 9mlm,,sampai ketengah jaya pukul berapa…yer,,dan tambang charge sampai tasik kenyir @ tambang ketengah jaya..?..

  10. rasanya bas dd tak sesuai untuk laluan TKE…


Tinggalkan Jawapan kepada hijaz2402 Batal balasan

Kategori