Posted by: hijaz2402 | Januari 28, 2011

Terbaru Dalam Barisan Tasik Kenyir Express

Tasik Kenyir Express merupakan salah satu syarikat pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Beroperasi dari Kuala Berang, Terengganu, Tasik Kenyir Express telah menambah tiga buah bas baru dalam barisan bas-bas milik mereka.TBB 4858, TBB 4868, TBB 4878. Begitulah senarai nombor pendaftaran bagi bas-bas baru tersebut.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Bas ini dibina oleh Sumai Engineering yang terletak di Chendering, Terengganu, dan dikuasakan oleh enjin Nissan Diesel UD JA452S. Tema warna yang dipilih benar-benar menarik perhatian. Walaubagaimanapun, aku amat  tertarik melihat lakaran Helang yang dilayangkan pada badan bas ini. Kelihatan seolah-olah Sang Helang gagah menyambar mangsanya.

Helang Menyambar.... Tahniah Sumai untuk rekaan lakaran ini..... One word : Amazing !!!

Menjengah ke bahagian dalaman bas, ternyata rekaan dalaman yang diutarakan oleh Sumai mampu menggamit pengguna untuk menaiki bas ini. Bahagian kokpit pemandu tidak berserabut dan segala butang-butang serta suis diletakkan pada tempat yang sesuai dan mudah dicapai oleh pemandu.

Warna putih, ungu dan krim menjadi tema bagi hiasan dalaman bas ini. Kelihatan seolah-olah ini adalah sebuah bas eksekutif apabila tema warna tersebut menghiasi ruangan dalaman bas. Bas ini menggunakan konfigurasi standard iaitu 2+2. Kerusi yang dipilih pula adalah dari jenis TKH yang bagi aku agak selesa untuk tempat duduk standard.

Konfigurasi Tempat Duduk Dalam TBB 4858

Kerusi dalam TBB 4858

Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ini benar-benar cantik meskipun corak yang dilayangkan pada bas ini ringkas sahaja, namun warna yang dipilih menaikkan seri TBB ini sekaligus menjadikannya suatu objek yang menarik untuk dipandang.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Tasik Kenyir Express untuk kelahiran TBB 4858, TBB 4868, TBB 4878 ini. Semoga Tasik Kenyir Express terus maju pada masa akan datang.

TBB 4858 / Sumai Engineering / UD JA452S

Tasik Kenyir Express…. Selesa, Ceria & Mesra…..

Posted by: hijaz2402 | Disember 11, 2010

DBS 3000… Bas Dua Tingkat Daripada Ekspres Perdana

Ekspres Perdana merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, Ekspres Perdana sekali lagi mengorak langkah bagi memajukan syarikat sekaligus menyediakan perkhidmatan yang memuaskan bagi pelanggan mereka dengan menambah dua buah bas dua tingkat ke dalam barisan bas-bas miliknya. Pada 10 Disember 2010, aku berkesempatan mencuba salah satu bas dua tingkat milik mereka iaitu DBS 3000.

Sewaktu menurunkan penumpang di Hentian Putra

Bas ini dibina oleh sksbus dan dikuasakan oleh enjin Scania bersesaran 12 liter yang mampu menjana sehingga 420 kuasa kuda. Pada hari tersebut, bas ini ditugaskan untuk menghantar penumpang di Hentian Putra dan seterusnya di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam. Dari Hentian Putra, perjalanan kami agak lancar sehinggalah keadaan mulai sesak di Jalan Syed Putra menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Jalan Syed Putra yang mulai sesak dengan warga kota yang pulang dari tempat kerja

Di Lebuhraya Persekutuan, keadaan menjadi bertambah buruk dengan kesesakan lalulintas yang agak teruk. Hasilnya, kami tiba di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada lebih kurang pukul 7.30 malam.

DBS 3000 / sksbus / Scania 420

DBS 3000 / sksbus / Scania 420

Bas ini didaftarkan di bawah permit Tiara Pesona Sdn Bhd yang beralamat di :

DBS 3000 ini mampu memuatkan penumpang seramai 45 orang pada satu-satu masa. Antara ciri-ciri lain bas ini adalah

Menjengah ke bahagian dalaman bas, DBS 3000 ini menawarkan susunan tempat duduk Super VIP atau 2+1 dengan kerusi daripada jenis APM yang selesa.

Pada jam 8.30 malam, bas mula bergerak meninggalkan Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam bagi mengambil penumpang di Hentian Putra. Tepat jam 9.30 malam, DBS 3000 ini mula memasuki Hentian Putra bagi mengambil penumpang untuk perjalanan ke Kuala Besut dan Jerteh.

DBS 3000 / sksbus / Scania 420

DBS 3000 / sksbus / Scania 420

Secara keseluruhannya, aku rasakan perjalanan kali ini benar-benar selesa. Segalanya hampir berada di tahap sempurna, kemasan dalaman bas ini menampakkan keunggulan DBS 3000 ini serta membuatkan penumpang berasa selesa apabila berada di dalamnya. Pemandu bas ini pula memandu bas dengan berhemah bagi menjamin keselamatan penumpang. Apapun, tahniah diucapkan kepada Ekspres Perdana di atas kelahiran DBS 3000. Semoga Ekspres Perdana terus maju pada masa-masa akan datang. Ekspres Perdana, Selamat & Selesa…. =)

Posted by: hijaz2402 | Disember 9, 2010

TAE 4868… Lagenda Ekspres Tasik Kenyir

TAE 4868 merupakan salah sebuah bas yang dimiliki oleh Ekspres Tasik Kenyir. Bas ini dibina oleh SKS Coach & Works dan dipasangkan pada cesis Nissan Diesel JA450S, yang mana merupakan salah sebuah cesis kegemaran aku kerana ngauman enjinnya yang bagi aku istimewa berbanding enjin-enjin lain.

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

Menjengah ke bahagian dalaman bas, TAE 4868 ini mampu memuatkan 38 orang penumpang dengan konfigurasi tempat duduk 2+2.

Bahagian dalaman bas ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana hampir keseluruhan bahagian dalamannya dibalut dengan fabrik bercorak bunga dengan tema warna merah dan emas, sesuatu yang aku rasa jarang-jarang dijumpai pada bas-bas sekarang.

Kerusi APM yang turut dibalut dengan fabrik bercorak bunga

Dan baru-baru ini aku berkesempatan mencuba bas ini bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang, Terengganu. Tepat jam 9.00 malam, roda bas mula bergerak meninggalkan Hentian Putra. Perjalanan kami lancar dan kami tiba di Hentian RnR Gambang pada lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

Pada pukul 1.05 pagi, bas mula bergerak meninggalkan RnR Gambang bagi meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Berang. Jam 3.35 pagi, kami berhenti di Stesen Petronas Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) bagi mengisi minyak.

Akhirnya kami tiba di Bandar Kuala Berang pada lebih kurang jam 4.45 pagi. Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ini sememangnya selesa. Segalanya berfungsi dengan baik dan rata-rata penumpang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

Apa yang membuatkan aku benar-benar terkejut apabila menaiki bas ini adalah dalamannya yang aku kira begitu ‘senyap’ walaupun pada jalan yang tidak rata. Cuma terdapat sedikit gegaran-gegaran kecil yang kedengaran apabila bas ini melalui jalan yang berlubang, suatu pencapaian yang bagi aku agak cemerlang untuk bas-bas yang seusia dengannya.

Ketika aku menaiki bas ini, tidak ada sebarang masalah yang dihadapi di sepanjang perjalanan untuk sampai ke destinasi. Kuasa enjin, brek, sistem suspensi, segalanya benar-benar menjalankan fungsinya dengan baik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang (naik bukit tinggi pun pkai gear 5, tu pun tekan minyak nak pegi lagi bas ni, mau x eksaitet aku….hehe). Apapun, berkalung-kalung tahniah diucapkan kepada pihak Tasik Kenyir Express kerana menjaga bas ini dengan baik, paling tidak pun masih mampu memberikan perkhidmatan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang, seterusnya meletakkan TAE 4868 ini pada tahap lagenda. Syabas diucapkan kepada pemandu TAE 4868 ini kerana telah menjaga bas ini dengan sebaik mungkin. =)

TAE 4868 / SKS Coach & Works / UD JA450S

Posted by: hijaz2402 | Disember 6, 2010

Daripada TAE 158 Kepada CCP 9922

CCP 9922 merupakan salah satu bas yang dimiliki oleh BR Tour. Pada asalnya, bas ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran TAE 158 dan dimiliki oleh Ekspres Tasik Kenyir. Walaubagaimanapun, bas ini dibeli oleh Shamisha Holidays namun masih mengekalkan nombor plet asal. 2010, bas ini sekali lagi bertukar tangan dan dibeli oleh BR Tour dan didaftarkan dengan nombor plet baru iaitu CCP 9922. Bas ini dibina oleh SKS Coach & Works (Kini dikenali sebagai sksbus), dan dipasangkan pada cesis MAN 18.310.

CCP 9922 / SKS Coach & Works / MAN 18.310

CCP 9922 / SKS Coach & Works / MAN 18.310

BR Tour adalah singkatan bagi Bintang Rajin Tours yang beralamat di :

Menjengah ke bahagian dalaman bas, ternyata konfigurasi tempat duduk asal 2+2 telahpun ditukar kepada konfigurasi tempat duduk Super VIP iaitu 2+1. Menurut kata pemandu bas ini, tempat duduk ini telah ditukar oleh pihak Shamisha Holidays dan mereka tidak mengubah apa-apa pun bahagian dalaman bas ini sejak dibeli daripada Shamisha Holidays.

Bumbung bas ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ketika dimiliki oleh Ekspres Tasik Kenyir, mereka memilih fabrik bercorak bunga dengan tema warna merah dan emas bagi menghiasi bumbung bas ini. Tema tersebut masih lagi dikekalkan dan dijaga dengan baik oleh pihak BR Tour, kerana pemilik CCP 9922 ini sukakan corak tersebut kerana pada pandangan beliau corak sebegini adalah unik.

Di bawah ini adalah sedikit gambar-gambar sewaktu bas ini masih lagi didaftarkan dengan nombor pendaftaran TAE 158 dan masih bernaung di bawah Ekspres Tasik Kenyir.

TAE 158 / SKS Coach & Works / MAN 18.310

TAE 158 / SKS Coach & Works / MAN 18.310
TAE 158 / SKS Coach & Works / MAN 18.310

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Bintang Rajin Tour kerana mengekalkan keaslian CCP 9922 ini dan menjaga bas ini dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang berminat untuk menempah bas ini bagi tujuan lawatan dan lain-lain lagi, anda bolehlah menghubungi talian 09 – 514 2922 / 09 – 514 3923 atau layari laman web BR Tour di http://www.brtour.com.my/.

CCP 9922 / SKS Coach & Works / MAN 18.310

Semoga BR Tour terus maju pada masa-masa akan datang. Explore The World With BR Tour, We Have Your Interest At Heart…

Posted by: hijaz2402 | Oktober 12, 2010

CBH 8899… Ahli Keluarga Terbaru Mayplan

Mayplan adalah salah satu syarikat yang membekalkan perkhidmatan bas persiaran. Salah satu bas yang dimiliki oleh Mayplan adalah CBH 8899 ini.

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

Bas ini dibina oleh SKS Coach & Works (yang kini dikenali sebagai sksbus) dan menggunakan cesis MAN 18.313. Secara umumnya, luaran bas ini hanya menggunakan dua tema warna iaitu hijau dan putih. Apa yang menarik perhatian aku, walaupun tema warna yang digunakan adalah sedikit, namun corak yang dilayangkan pada badan bas ini membuatkannya tampak menarik, dan sekaligus membuatkan bas ini tampak seperti baru selari dengan bas-bas baru yang keluar pada masa kini.

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313
CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

Bas ini menggunakan permit Jet Ways yang beralamat diMenjengah ke bahagian dalam bas ini, kelihatan sebahagiannya masih lagi menggunakan kemasan asal dan ada yang telah di’touch-up’ bagi menaikkan serinya. Apa yang menarik perhatian aku, kebanyakan bahagian dalaman bas ini disalut dengan fabrik yang mana bagi aku, amat selesa dan juga praktikal kerana ianya dapan menyerap gegaran-gegaran kecil dan seterusnya menyebabkan bas ini agak ‘senyap’ meskipun telah bertahun-tahun digunakan.Kerusi yang digunakan juga turut disalut dengan fabrik seluruhnya dan dilengkapi dengan ‘legrest’ yang amat selesa untuk perjalanan jauh dan dekat.Bas ini juga turut dilengkapi dengan TV yang agak gedabak dari segi saiznya.CBH 8899 ini pada asalnya dimiliki oleh Utama Ekspres Sdn Bhd, sebelum dibeli oleh Mayplan. Berikut adalah gambar-gambar CBH 8899 ini sewaktu bernaung di bawah Utama Ekspres.

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

Bagi mereka yang ingin mempunyai sebrang pertanyaan berkenaan Mayplan ini, atau mahu menempah bas ini, anda bolehlah menghubungi talian 06-677 8141 / 012-683 6345 / 019-391 5228, atau emelkan kepada mayplansb@yahoo.com.my. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Mayplan di atas penyertaan CBH 8899 ini dalam barisan bas milik mereka. Semoga Mayplan terus maju pada masa-masa akan datang…. =)

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

CBH 8899 / sksbus / MAN 18.313

 

Posted by: hijaz2402 | September 21, 2010

TAG 5259… Daripada Himda Travel & Tours Ke Ekspres Mata Air

Ekspres Mata Air adalah antara syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang terbaru dari Terengganu. Pada asalnya, TAG 5259 ini dimiliki oleh Himda Travel & Tours. Walaubagaimanapun, bas ini bertukar milik dan kini ianya diamanahkan untuk memberi perkhidmatan bagi Ekspres Mata Air.

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

Bas ini dibina oleh SKS Coachbuilders Sdn Bhd (yang kini dikenali sebagai sksbus) dan menggunakan cesi Volvo B7R.

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdb Bhd / Volvo B7R

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

Ekspres Mata Air adalah sebuah syarikat yang beralamat di :

Pada hari tersebut, perjalanan bagi TAG 5259 ini adalah :

Bas ini menggunakan standard seating iaitu 2+2.

Kerusi yang digunakan adalah buatan APM dan bagi aku, kerusi yang dimuatkan dalam bas ini adalah benar-benar selesa kerana luarannya telahpun dibalut dengan fabrik yang agak tebal, seterusnya menjadikan kerusi bas ini begitu lembut dan selesa untuk diduduki.

Dan di bawah ini adalah sedikit gambar dalam koleksi aku sewaktu TAG 5259 ini masih lagi berada di bawah jagaan Himda Travel & Tours.

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

TAG 5259 / SKS Coachbuilders Sdn Bhd / Volvo B7R

Bagi mereka yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan, mahupun cadangan terhadap Ekspres Mata Air, anda bolehlah menghubungi mereka pada nombor yang tertera di belakang bas ini.

Apapun, syabas dan tahniah kepada ekspres Mata Air. Semoga Ekspres Mata Air terus maju pada masa hadapan. Ekspres Mata Air, Naik Selalu…..

Posted by: hijaz2402 | September 21, 2010

Trans Rengit… Antara Pilihan Terbaru Untuk Ke Pantai Timur

Trans Rengit… Itulah nama salah satu syarikat yang boleh dikatakan agak baru berkecimpung dalam dunia pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia ini. Sebelum ini aku penah ternampa gambar daripada rakan-rakan aku yang dah bertemu dengan bas ini. Dan pada 19 September 2010, sewaktu menjengah ke Hentian Putra, aku terjumpa bas ini sedang parking untuk menunggu penumpang.

Dan ketika itu, terdapat dua bas milik syarikat ini yang sedang menunggu ketibaan penumpang.

Trans Rengit adalah sebuah syarikat yang beralamat di :

Pada hari tersebut, perjalanan untuk bas ini adalah daripada :

Mengikut kata pemandunya, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang ke Gua Musang pada pagi tersebut. Bas milik Trans Rengit ini dibina oleh Sumai Engineering, sebuah syarikat membuat badan bas di Terengganu dan menggunakan cesi M.A.N 18.310.

Menjengah ke bahagian dalam bas ini, aku agak tertarik dengan tema warna yang dipilih kerana warna yang dipilih agak kontras antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, warna-warna yang dipilih sememangnya menarik untuk dipandang.

Bas ini menggunakan seat buatan TKH, seat yang aku rasakan agak selesa untuk kategori standard seating.

Setakat ini, Trans Rengit sudahpun mempunyai 6 buah bas. Dan pada hari tersebut, aku berjaya mendapatkan dua daripadanya.

WTN 6755 / Sumai Engineering / MAN 18.310

WTN 6755 / Sumai Engineering / MAN 18.310

WTU 1555 / Sumai Engineering / MAN 18.310

Bagi mereka yang mempunyai sebarang aduan, cadangan, mahupun pertanyaan tentang Trans Rengit ini, anda bolehlah menghubungi mereka di talian

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Trans Rengit. Semoga terus maju pada masa-masa akan datang.

TT 7203, inilah salah satu nombor pendaftaran bas yang pernah dimiliki oleh Ekspres Tasik Kenyir (kini dikenali sebagai Tasik Kenyir Express). Bas ini dibina oleh Master-Builder (M) Sendirian Berhad, dan dijanakan oleh enjen Isuzu LV771 V10.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

Sewaktu berada di bawah jagaan Ekspres Tasik Kenyir, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang bagi perjalanan Kuala Berang – Kuala Lumpur melalui Ketengah Jaya. Baru-baru ini sewaktu berjalan-jalan di sekitar Batu Caves, aku terserempak dengan bas ini yang sedang parking di tepi jalan. TT 7203 ini boleh dikatakan telah mengalami transformasi yang agak menyeluruh kerana muka hadapan dan belakangnya telahpun diubah.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

Jika dilihat daripada aspek luarannya, bas ini ternyata telah mendapat sentuhan yang agak banyak, tetapi masih mengekalkan bentuk badannya yang asal. Pemilihan warna-warna muda iaitu biru, kuning dan putih benar-benar menaikkan seri bas ini pada pandangan aku. Tema ‘burung’ pada badan bas ini juga kelihatan begitu menarik walaupun agak ringkas. Muka hadapan ala-ala SKS E128 yang dipadankan pada bas ini membuatkan ianya tampak garang jika dilihat dari hadapan.Menjengah ke bahagian dalam bas, ternyata dalaman bas ini sudahpun diperbaiki dan telah mengalami beberapa pengubahsuaian.

Susunan kerusi, pandangan hadapan...

Susunan kerusi, pandangan belakang.....

Kerusi pada barisan paling belakang pada bas ini juga telahpun diubah kepada kerusi yang lebih besar, yang memuatkan empat orang dalam satu baris. Camni gaya, aku pun nak duduk belakang sekali. hehe.

4 kerusi besar dalam 1 baris.....

Bahagian dalam TT 7203 ini benar-benar memukau pandangan aku kerana hampir keseluruhan bahagian dalamannya telah dibalut dengan fabrik berwarna biru, termasuklah bahagian bumbung, menjadikannya kelihatan lebih menyerlah dan cantik.

Bumbung yang turut dibalut dengan fabrik bewarna biru.....

Di bahagian hadapan pula, terdapat beberapa ‘pantang larang’ dan ciri-ciri bas ini ditampal pada cermin hadapannya. Antaranya ialah jaga kebersihan, dilarang membawa makanan dan minuman, VCD/DVD boleh didapati dalam bas ini dan lain-lain lagi.

'Pantang Larang', atau kata lainnya, tanggungjawab penumpang sewaktu berada di dalam bas......

Namun begitu, apa yang paling memukau pandangan aku adalah set TV LCDnya yang aku kira agak besar untuk diletakkan di dalam bas. Umah aku pun takde TV macam ni.

TV besor ni layan karaoke syok ooo......

Apabila ditanya tentang berapakah kos untuk mengubah suai dalaman dan luaran bas ini, pemiliknya telah menyatakan bahawa beliau telahpun berhabis sebanyak lebih 100 ribu ringgit bagi menaikkan kembali seri TT 7203 ini. Jika dilihat dari dalaman dan luaran bas ini, ternyata usaha beliau itu tidak sia-sia. Paling tidak pun bas ini masih boleh memberi perkhidmatan untuk lima ke sepuluh tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk menyewa bas ini bagi pelbagai tujuan, anda bolehlah menghubungi nombor 019 – 216 1136, atau emelkan kepada wanstar@hotmail.com. Dengan dalaman bas ini yang selesa dan sentiasa dijaga oleh pemiliknya, harga yang anda bayar untuk perkhidmatan bas ini ternyata takkan sia-sia. Apapun, tahniah kepada Wanstar Travel kerana telah berjaya membuatkan penumpang berasa gembira dan berpuas hati setelah menyewa bas ini, dan menjaga TT 7203 ini dengan sebaik mungkin, sebagai penghormatan terhadapnya. Semoga Wanstar Travel terus sukses pada masa akan datang.

TT 7203 / Master Builder / Isuzu LV771 V10

Posted by: hijaz2402 | Julai 14, 2010

Melayari Internet Dalam Bas Sani Express

Melayari internet kini boleh dilakukan di dalam bas Sani Express. Perkhidmatan WiFi atau Wireless Fidelity di dalam bas telahpun diperkenalkan oleh syarikat bas seperti Odyssey, yang mana perjalanan bas ini menghubungkan Malaysia dan Singapura. Sani Express juga mengorak langkah yang sama dengan menyediakan perkhimatan tersebut di dalam bas milik mereka. Walaubagaimanapun, hanya sesetengah bas Sani Express yang menyediakan perkhidmatan ini.

Satu bas untuk setiap perjalanan. Tetapi dengar2nya akan ditambah lagi.

Baru-baru ini ketika aku berkunjung ke hentian putra, aku ternampak advert di atas ni ditampal pada kaunter Sani Express. Agak terkejut juga apabila Sani Express turut menyediakan perkhidmatan ini di dalam bas mereka. Kebetulan pada petang tu, salah satu bas Sani Express yang dilengkapi WiFi on board ini iaitu WRN 5015 menjengah masuk ke Hentian Putra.

WRN 5015 / sksbus / Scania 420

WRN 5015 / sksbus / Scania 420

Bas ini tiada bezanya dengan bas-bas lain yang dimiliki oleh Sani Express, melainkan pada pintu penumpangnya terdapat pelekat WiFi ini.

WiFi Percuma, Tapi tiket kena beli ler....hehe

Di dalam bas ini juga tiada bezanya dengan bas-bas Sani Express yang lain. Melainkan pada kawasan tangga untuk ke dek atas bas ini, terdapat wireless router yang menyediakan perkhidmatan WiFi tersebut.

Wireless router yang terdapat di dalam WRN 5015

Memandangkan bukan semua bas Sani Express yang ada perkhidmatan WiFi ni, jadi setiap kali nak beli tiket, aku kena tanya dulu la apa no plet bas yang jalan. cuma kene stenbai bateri laptop la, kasik charge siap2 bagi full. hehe. Apapun, tahniah diucapkan kepada Sani Express kerana menjadi syarikat ke pantai timur yang pertama menyediakan perkhidmatan WiFi di dalam bas. The convenience way to travel….

Posted by: hijaz2402 | Julai 13, 2010

Prestigious Mahligai Prestige

Ketika membaca forum MBTE (yang mana aku adalah salah sorang ahlinya iaitu hijaz_2402, promote, promote…. hehe), aku terlihat la gambar bas dua tingkat terbaru yang dimiliki oleh Mahligai Ekspres. Sejak itu, aku berkeinginan untuk snap gambo bas tersebut sendiri. Dan pada hari ini, 13 Julai 2010, aku berkesempatan untuk berkunjung ke depoh Mahligai Ekspres yang terletak di Gombak. Nasib aku baik, bas dua tingkat terbaru tersebut terdapat di situ. Mahligai Prestige, itulah gelaran yang diberi kepada bas dua tingkat mereka.

WTT 3333 / sksbus / MAN 24.400

WTT 3333 / sksbus / MAN 24.400

Bas ini didaftarkan dengan nombor plet WTT 3333. Bercakap tentang nombor plet, semua bas-bas Mahligai Ekspres menggunakan nombor plet yang berakhir dengan *** **33, dan bagi bas dua tingkat mereka, semua nombor plet adalah *** 3333. Agak menarik, bukan? WTT 3333 ini didaftarkan dengan menggunakan permit Mahligai Ekspres Sdn. Bhd. Bas ini dibina oleh sksbus dan digerakkan oleh MAN 24.400.

Permit yang tertera pada WTT 3333

Bas ini memuatkan 45 kerusi untuk penumpang, kabin tidur di atas tayar depan untuk drebar, dan lorong di tengah untuk pengguna berjalan2 di dalam bas. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada bas ini adalah

Pada pintu depan bas ini, terdapat ucapan selamat datang. Apa yang menariknya, ucapan ini turut ditulis dalam bahasa jawi. Agak jarang aku jumpa bas-bas ekspres menggunakan bahasa jawi sebagai hiasan pada badan bas selain daripada tulisan rumi untuk membezakan nama setiap syarikat.

Menjengah ke bahagian dalam bas, Mahligai Ekspres nyata mengikut jejak langkah pesaing-pesaingnya kerana turut menukarkan konsep “standard seating” iaitu 2+2 kepada “Super VIP seating” iaitu 2+1. Seat yang digunakan adalah daripada jenama APM, yang mana agak popular dan selalu dijumpai pada bas-bas yang dibina oleh sksbus.

Super V.I.P.... Prestige kan.... hehe

Seat APM yang digunakan

Namun, dalaman dia menggunakan aircond louvres yang tak boleh nak ditutup, mungkin sebab itu la bas ini menyediakan selimut untuk keselesaan penumpang. Kene jalan malam2, sejuk ooo. Mengingatkan aku pada salah satu DD SP Bumi, BKM 6789, ekon macam ni jugak, hehe.

WTT 3333 / sksbus / MAN 24.400

Secara keseluruhannya, aku rasakan bas memang menarik dan agak ‘catching @ striking @ ape2 je lah yang menggambarkan ianya menarik untuk dipandang’ dengan pemilihan livery yang diasaskan daripada dua warna iaitu merah dan kuning. Cukup menyerlah. Apapun, berkalung-kalung tahniah diucapkan kepada Mahligai Ekspres di atas kelahiran bas-bas terbaru mereka ini. Semoga Mahligai Ekspres terus maju pada masa akan datang. Prestigious Mahligai Prestige…..

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.