Ekspres Perdana merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, Ekspres Perdana sekali lagi mengorak langkah bagi memajukan syarikat sekaligus menyediakan perkhidmatan yang memuaskan bagi pelanggan mereka dengan menambah dua buah bas dua tingkat ke dalam barisan bas-bas miliknya. Pada 10 Disember 2010, aku berkesempatan mencuba salah satu bas dua tingkat milik mereka iaitu DBS 3000.
Bas ini dibina oleh sksbus dan dikuasakan oleh enjin Scania bersesaran 12 liter yang mampu menjana sehingga 420 kuasa kuda. Pada hari tersebut, bas ini ditugaskan untuk menghantar penumpang di Hentian Putra dan seterusnya di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam. Dari Hentian Putra, perjalanan kami agak lancar sehinggalah keadaan mulai sesak di Jalan Syed Putra menghala ke Lebuhraya Persekutuan.
Di Lebuhraya Persekutuan, keadaan menjadi bertambah buruk dengan kesesakan lalulintas yang agak teruk. Hasilnya, kami tiba di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada lebih kurang pukul 7.30 malam.
Bas ini didaftarkan di bawah permit Tiara Pesona Sdn Bhd yang beralamat di :
DBS 3000 ini mampu memuatkan penumpang seramai 45 orang pada satu-satu masa. Antara ciri-ciri lain bas ini adalah
Menjengah ke bahagian dalaman bas, DBS 3000 ini menawarkan susunan tempat duduk Super VIP atau 2+1 dengan kerusi daripada jenis APM yang selesa.
Pada jam 8.30 malam, bas mula bergerak meninggalkan Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam bagi mengambil penumpang di Hentian Putra. Tepat jam 9.30 malam, DBS 3000 ini mula memasuki Hentian Putra bagi mengambil penumpang untuk perjalanan ke Kuala Besut dan Jerteh.
Secara keseluruhannya, aku rasakan perjalanan kali ini benar-benar selesa. Segalanya hampir berada di tahap sempurna, kemasan dalaman bas ini menampakkan keunggulan DBS 3000 ini serta membuatkan penumpang berasa selesa apabila berada di dalamnya. Pemandu bas ini pula memandu bas dengan berhemah bagi menjamin keselamatan penumpang. Apapun, tahniah diucapkan kepada Ekspres Perdana di atas kelahiran DBS 3000. Semoga Ekspres Perdana terus maju pada masa-masa akan datang. Ekspres Perdana, Selamat & Selesa…. =)











boleh tau x alamat depoh e mutiara & mahligai di Kuala lumpur
By: arill on Februari 1, 2011
at 10:01 pm
Alamat rasmi depoh tersebut tidak dapat saya pastikan…. Walaubagaimanapun, depoh bas Mahligai & Mutiara terletak di Jalan lama Gombak menghala ke Bentong….. =)
By: hijaz2402 on Mei 8, 2011
at 8:27 am