Posted by: hijaz2402 | Mei 3, 2010

Terbaru Daripada Shamisha Holidays

Shamisha Holidays merupakan salah satu player dalam industri pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia. Bas-bas milik Shamisha Holidays ini boleh ditemui hampir di seluruh Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, ketika berkunjung ke hentian Duta, aku bertemu dengan salah satu bas terbaru milik mereka.

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

DBP 3359 / Pioneer / UD JA452S

Bas ini dibina oleh Pioneer Coachbuilder sendirian Berhad dan menggunakan enjin dan cesis UD JA452S. Cesis ini begitu mudah dikenali berdasarkan kedudukan air-suspension atau belonnya yang terletak di tengah.

Suspensi depan UD JA452

Shamisha Holiday merupakan salah satu syarikat pengangkutan awam yang beralamat di

Bas-bas milik shamisha ini boleh dikenali melalui corak bunga yang berwarna-warni yang diletakkan di Rear OverHang bas-bas mereka.

Corak bunga yang menjadi 'identiti' Shamisha

Bas ini didaftarkan dengan plet Negeri Kelantan Darul Naim iaitu DBP 3359 (mengingatkan aku pada Dewan Bahasa & Pustaka). Apa yang menariknya, walaupun didaftarkan dengan plet salah satu negeri dari pantai timur, bas ini ditugaskan untuk membawa penumpang daripada Hentian Duta, Bukit Jalil dan seterusnya ke utara. Tak ke timur pun. Menjengah ke bahagian dalam bas, ternyata bas ini agak selesa dengan seat 2+1 yang disediakan.

Bahagian dalaman bas yang boleh memuatkan 30 penumpang

Jika diperhatikan betul-betul, tiada TV kedua yang ditempatkan belakang bas. Tetapi apabila aku melihat saiz TV yang diletakkan di depan bas, fahamlah aku kenapa tiada TV kedua tersebut.

Saiz TV yang aku kire agak gedabak untuk diletakkan di bumbung bas.

Pada pandangan aku, secara keseluruhannya, DBP 3359 ini telah mendapat sentuhan yang boleh dikatakan sempurna. Warna kuning dan oren itu diadun sempurna membuatkan bas ini menarik untuk dipandang. Dalaman bas ini juga boleh dikatakan selesa dan penghawa dingin Thermo King bas ini benar2 memainkan peranannya dalam mendinginkan bahagian dalaman bas.

DBP 3359 / Pioneer Coachbuilder / UD JA452S

Apapun, tahniah diucapkan Shamisha Holiday Travel & Tours atas kelahiran DBP 3359 ini. Semoga Shamisha terus berkembang maju pada masa akan datang. Shamisha Express, Pilihan Utama….

About these ads

Responses

  1. Tahniah kepada shamisha holiday a.k.a express

  2. baru ni aku dah naik shamisha ni,
    memang power ….
    skrin lcd ja besar tapi x pernah nak nak buka ..wat pa?lain kali aku x mo naik dah bas ni

    • Selalunya bas ekspres jarang nak buka tv sebab drebar memikirkan yang penumpang2 bas nak rehat, takpun tido dengan selesa di dalam bas yang mereka pandu…. Lagipun kalo berjalan di dalam hutan macam kat hiway karak, lebuhraya timur barat, mana nak ada siaran… Lain la kalo dalam bas tu ada pakai Astro, nak layan piala dunia pukul 2 3 pagi pun x ada masalah…. Tapi mungkin kalau saudara mintak elok2 ngan drebar, dia boleh buka tv tu…. hehe

  3. Kenapa bas shamisha ekspress holiday selalu datang lewat tidak tepat masa ,pelanggan beli tiket pukul 9.30 pm ,tetapi bas datang pukul 11 .10pm,perkerja tidak berasa salah terhadap kelewatan bas ,mereka tidak minta maaf pun dan tidak memberitahu kenapa bas datang lewat ,hanya suruh para penumpang tunggu saja,adakah ini perkhidmatan yang betul ?
    Apabila sampai sesuatu tempat ,penumpang disuruh pindah bas ,contoh :penumpang yang hendak pergi rantau panjang pindah ke bas A,manakala penumpang yang hendak pergi ke kota bharu pula pindah ke bas B.ini akan menyebabkan penumpang lupa ambil barang-barang mereka,dan warga emas baru bangun dari tidur mungkin akan rasa pening dan akan terjatuh .Adakah ini ialah keselamatan penumpang terjamin?
    Yang paling teruk adalah apabila penumpang pindah bas ,ada beberapa penumpang tidak ada tempat duduk, ini kerana penumpang yang hendak pergi ke kota bharu lebih ramai daripada penumpang yang nak pergi ke rantau panjang, jadi bas B ramai penumpang sampai tiada tempat duduk.
    Syarikat ini mengunakan Sistematik yang tidak sesuai. harap syarikat ini dapat mempertimbangkan masalah yang saya dikemukakan ini.

    • Tentang masa perjalanan, terdapat berbagai faktor yang di luar jangkauan kita yang menyebabkan kelewatan dalam masa perjalanan… Sebagai contoh, kesesakan lalulintas, dan mungkin jugak pada saat-saat akhir pemandu dapat mengesan sedikit kerosakan pada bas yang memerlukan pembaikian segera kerana jika tidak, ini akan membahayakan keselamatan penumpang seluruhnya… Apapun, terima kasih kepada saudara tio untuk menyuarakan pendangan berkenaan bas ini… Dan siapa tahu, komen saudara mungkin boleh dijadikan panduan kepada pihak shamisha holiday dalam menambahbaik perkhidmatan yang mereka sediakan….

  4. T.kasih kepada saudara yg begitu positif dlm pkhidmatan bas. Saya ingin berkenalan dgn saudara

    • Sama2… Mudah2an kita dapat berjumpa satu hari nanti… Apapun, terima kasih juga diucapkan kepada pihak shamisha.com kerana sudi melayari blog saya ini…. =)

  5. Assalamualaikum……
    Tahniah di atas kejayaan shamisha. Bila di atas jalanraya saya lihat begitu banyak sekali bas berjenama Shamisha dan terdetik di hati ingin mencuba perkhidmatan bas tersebut.

    Dan kebetulan saya pun ingin balik bekerja di Kuantan,jadi saya pun membeli tiket yang bertarikh 25 Okt.2010 pukul 09:30 PM dengan bas bernombor WTV 59. Pada mulanya saya ingin membeli tiket Utama Ekspres dan bas Utama Ekpres ini dah menjadi kebiasaan untuk saya tapi malangnya Utama Ekspres telah kehabisan tiket.

    Saya juga sempat bertanyakan beberapa soalan dengan penjual tiket bertanyakan pasal perkhidmatan yang di berikan,dan penjual tiket memberitahu bahawa bas Shamisha akan bertolak dari Sungai Petani pukul 9.30 mlm dan akan menurunkan penumpang di Temerloh dan Kuantan. Bagi saya biasalah perkara tersebut sebab kebanyakan bas dari utara ke Kuantan pasti akan menurunkan penumpang di Temerloh. Dan bas yang di janjikan pulak adalah bas setingkat dan di jangka sampai ke Kuantan lebih kurang pukul 6.30 atau 7.00 pagi keesokan harinya TANPA mengambil penumpang di Butterworth dan Ipoh.

    TAPI apa yang mengecewakan saya dan kawan2 yang lain adalah INDAH KHABAR. Bas yang di janjikan hanya sampai pukul 11.00 malam DOUBLE DECKER dengan kapasiti 70 penumpang. Bila ditanyakan biasalah jawapan ORANG POLITIK minta maaflah ENCIK bas rosak. Dalam perjalanan pulak bas tersebut singgah mengambil penumpang di BUTTERWORTH dan IPOH. Kemudian singgah makan lagi kat Simpang Pulai. Pukul 3.15 pagi bas tersebut baru bertolak ke Kuantan. Apa yang MENDUKACITAKAN kami tempat duduk bas tersebut terlalu sempit nak berlunjur pun tak boleh. SEPATUTNYA kepada TUAN yang EMPUNYA bas kalau perjalan tersebut memakan masa yang lama apa salahnya gunakan bas yang 3 seat sebaris dengan ruang kakinya yang luas jadi selesalah sikit penumpang. JANGAN fikir untung aje semata2.

    Sebelum sampai ke Kuantan bas tersebut menurunkan penumpang di Temerloh tapi waktu tu dah pukul 7.30 pagi. Saya beritahu pemandu bas, perkhidmtan yang di berikan AMAT MENGECEWAKAN pasal apa saya masuk kerja pukul 8.00 pagi,student2 universiti dan kolej pun masuk belajar pukul 8.00 pagi. Kalau bas ni bertolak tepat pada masa yang di janjikan dah tentu sampai pukul 6.30 atau 7.00 pagi. Dah lah tu keluar pulak tol MARAN dan gunakan jalan lama dan turunkan penumpang sorang demi sorang hingga sampai ke Kuantan. Kami sampai di Kuantan pukul 9.30 pagi. Kebanyakan penumpang MENYUMPAH dengan apa yang telah berlaku. Kami terpaksa masuk kerja waktu tengahari dan kesihan pada pelajar yang terpaksa berjawab dengan pensyarah mereka kerana kelewatan masuk bilik kuliah.

    Bagi saya dan kawan2 yang lain inilah bas Syamisha yang PERTAMA dan TERAKHIR kami gunakan. PERKIDMATAN yang amat MENGECEWAKAN. Cuba ikut contoh Utama Ekspres, bas datang tepat pada masanya,kalau terlewat pemandu akan pastikan mereka akan singgah makan tidak terlalu lama dan mereka akan sampai ke Kuantan dalam pukul 6.30 pagi dan paling lewat 7.00 pagi. Bas mereka lagi lama jika di bandingkan dengan Syamisha Ekspres. Tak pernah kami dengar Oh! bas kami rosak…

    Kepada tuan empunya bas tolong faham masalah kami dan jangan fikirkan KEUNTUNGAN semata2 tanpa mengambil iktibar apa yang berlaku.

    Sekian.Wasalam.

    • Terima kasih diucapkan oleh encik Che Wan untuk komen tersebut. Semoga komen yang diberikan ini boleh digunakan oleh pihak Shamisha Express dalam memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Walaubagaimanapun, bas rosak sememangnya sesuatu yang tidak dapat dijangka dalam dunia pengangkutan awam ini. Kadang-kadang kerosakan kecil dapat dikesan pemandu bas pada saat akhir, yang mana memerlukan pembaikian segera kerana jika tidak, kerosakan kecil tersebut akan menyebabkan kerosakan yang lebih parah dan seterusnya membahayakan penumpang seluruhnya. Jadi, alternatif yang ada, adalah dengan menggantikan bas yang rosak tersebut dengan bas lain. Apapun, penyelesaian yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak Shamisha Express, adalah dengan menetapkan tempat mengambil dan menurunkan penumpang serta bas bagi satu-satu laluan. Ini dapat mengelakkan kekeliruan yang berlaku di pihak penumpang…. =)

  6. Salam, terima kasih kpd teman2 yg memberi komen demi kebaikan bersama. saya juga ada pengalaman, pagi ni sepatut isteri saya naik di K.b jam 0930 tapi bas rosak. Yg sy nak komen, kerani kaunter yg bertugas sepatutnya mengambil maklum dan memaklumkan kpd semua penumpang yg dri awal pg bergegas ke stesen takut2 trlewat kene tinggal. Ni apabila dintanya cakap tak tahulah, xde inisiatif langsung nk amik maklum dan amik berat, buat derkk je. kita bukan nk salahkan dia, dia sbg wakil bas kt situ kenele main peranan. Kita pun ada hati perut,kita cuma perlukan penjelasan. kalu menunggu berjam2 tanpa penjelasan,sapapun jadi panas. saya terpaksa menelefon kesana kesini, tepon hq kt kulim baru dpt jawapan. tepon alor setar mtk no driver, tepon driver tanya sendiri. aduhhh, susah sgt ke kerani tu nk buat mcm tu. sy harap shamisha takkan terus mnghampakan penumpang yg berminat dgn bas ini. kl berterusan org akan berfikir 2 tiga kali utk pilih bas ini. terima kasih.

  7. Assalamualaikum

    Saya menggunakan perkhidmatan bas ini daripada Kuala Perlis ke Kuala Lumpur pada 2 Januari 2011 yang lalu. Bas adalah pada jam 12.30 tengah hari.

    Saya ingin mengucapkan tahniah dengan keselesaan yang diberikan di dalam bas khususnya tempat duduk yang luas.

    Namun, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipandang serius dan diambil perhatian oleh pihak tuan iaitu:-

    1. Semasa saya membeli tiket menerusi agen tuan di terminal Kuala Perlis, saya dimaklumkan bas hanya akan berhenti di Alor Star sebelum ke Kuala Lumpur, namun pada hari berkenaan, bas berhenti di Jitra, Changlun dan Alor Star.

    2. Perjalanan jauh dari Kuala Perlis ke Kuala Lumpur adalah memenatkan dan melangkaui beberapa waktu solat, zohor dan asar. Namun pemandu pada hari berkenaan langsung tidak berhenti di mana-mana hentian rehat untuk membolehkan penumpang bersolat.

    3. Bas juga tidak dihentikan di hentian rehat yang mempunyai kedai makan bagi membolehkan penumpang makan kerana perjalanan yang jauh. Untuk makluman tuan, semasa saya menggunakan perkhidmatan Plusliner dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah 2 hari sebelumnya, pemandu berhenti rehat di hentian Sungai Perak untuk membolehkan penumpang menyegarkan diri dan makan serta minum seketika.

    Sekian, terima kasih

  8. Salam sejahtera.

    Saya di sini sekadar untuk melahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkhidmatan bas shamisa ini… pada tanggal 8 januari 2011 anak saya telah menggunkan perkhidmatan bas ini dari Pekan Baling kedah Ke Shah Alam. Sudah lah bas yg sepatutnya bertolak pada pukul 7.30 pagi telah bertolak lewat. Kemudian pada pukul 2.30 petang saya telah dikejutkan oleh panggil telefon dari anak saya yang menyatakan beliu telah ditinggalkan oleh bas dihentian rehat Sungai Perak selepas berhenti untu solat.. Saya yang terkejut dan risau mengenai keadaan ini telah kekaunter Bas tersebut di Stasion Bas Baling. Tp Malangnya tiada orang yg bertugas melainkan seorang budak perempuan sahaja. budak itumenyatkan ayah belaiu balik kerumah.
    Saya pun tidak pasti bagaimana pemandu bas tersebut boleh bergerak sedangkan penumpang nya belum naik bas lagi…..saya harap pihak tuan memandang sarius tentang perkara ini..

  9. slm, satu bukan nak jauhkan or nak buruk2 kan mana2 pihak ,so sy sebagai pengguna berhad utk komen tuk penambahbaikan suatu perkhimatan,
    so kat cni sy ingin komen la ckit, knapa setiap kali kmi naik …seat kami asyik ad org yg duduk.pdhal. semasa nak beli tu penumpang diberi pilihan tuk dapt kan seat dimana2 shj yg mereka pilih.tpi hakikat nyer bila sy dah nak naik bs ni…. .ketika itu dengan hujan lg, tunggu dah la lama coz bas lambt smpai so naik punya naik.. tgok seat sy dah ad org duduk ..tpi itu dah seat sy ..dah tertera kat ats tiket tu..so ap jwpan org yg duk seat sy tu ” ok la bang ,, sy pon main duduk jer,abg pilih la mn2 seat kosng… .” What !!!…ap smua ni… .sy ni ngn ..terhegeh2 la tnyer satu2 seat … ” seat ni kosng ka ? ni ad org x?… .”..kejadian ni bukan skli berlaku tetapi setiap kali sy naik bas shamisha mesti mslh ni berlaku ” ap yg bermain di pkrn sy , mugkin ni style perkhimtan bas shamisha duduk ikut suka hati n xpyh ikut no tiket”.
    pahtu kan ap guna kauter tiket diwujukkan … .n pilih2 no seat or tmpat duduk .. klu mslh ni berlaku ..lebih baik buka jer kaunter jual tiket kat tingkt bas shj… .seperti kita mau beli goreng pisang.
    so lebih baik kat tiket tu xpyah nak tentukan no seat .tulis jer kat dlm tiket tu ( no.seat sapa cepat dia dapt jer/ duduk ikut suka) “NO.SEAT = D.I.S ( DUDUK IKUT SUKA)

    maap sy pinta jika komen sy terlalu pedas ka..sbb ni reality bukan fitnah or mahu majatuh kan mn2 pihak perkhimatan bs express, sy harp maslah ini boleh diatasi dengn sewajrnya.

    shamisha express all the best


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: