Posted by: hijaz2402 | April 8, 2010

Bas Ekspres Genting Yang Bertukar Livery

Genting Highland merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Terletak kira-kira 51 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur, perjalanan ke Genting Highland mengambil masa kira-kira 45 minit ke satu jam bergantung kepada keadaan trafik di jalan raya dan lebuhraya Karak. Untuk ke Genting Highland, pihak Genting telah menyediakan perkhidmatan bas ekspres Genting. Bas-bas ini boleh dinaiki di Kajang, One Utama, KL Sentral, Puduraya, Terminal Putra Gombak dan lain-lain tempat lagi.

Livery terdahulu untuk Bas Ekspres Genting

Livery Bas Persiaran Genting

Bas-bas ini boleh dikenali melalui warna merah dan sticker pakej harga tambang atau promosi yang ditampal di sisi kiri dan kanan badan bas. Di bawah ini adalah livery lama bas-bas genting yang sempat aku rakamkan di Stesen LRT Terminal Putra, Gombak.

WKJ 8078 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKJ 8078 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WQG 2603 / Mtrans / Mercedes-Benz 1636

WQG 2603 / Mtrans / Mercedes-Benz 1636

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, aku berkesempatan sekali lagi datang ke Stesen LRT Terminal Putra ini. Suasananya tetap sama, sesak, agak sibuk, dan deretan kereta memenuhi ruang parking di sekeliling stesen ini. Namun, bas-bas ini telah dilengkapi dengan livery yang baru, dan aku difahamkan untuk tujuan mempromosikan Resort World Genting.

WKJ 6373 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKJ 6373 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Mengikut kata drebarnya, terdapat beberapa warna yang dipilih untuk menyaluti badan bas ekpres Genting ini seperti maroon, merah, dan lain-lain warna lagi. Dan di bawah ini adalah bas yang dicat dengan warna merah.

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

WKC 7678 / Transcoach / Mercedes-Benz 1627 V8

Bukan sahaja bas-bas lama, malahan bas-bas mereka yang agak baru juga turut dipadankan dengan warna-warna tersebut. Umpamanya bas di bawah ini.

WPU 8091 / MTrans / M.A.N 18.410

WPU 8091 / MTrans / M.A.N 18.410

Menurut kata penyelianya, bas-bas ini telah mendapat sentuhan daripada sebuah bengkel di Segambut yang mana aku sendiri pun tak pasti kat mana letaknya. Tetapi, aku cukup-cukup tertarik dengan kualitinya. Bas-bas ini kelihatan begitu cantik pada pandangan aku, dan jika diperhatikan betul-betul, kite dapat melihat balam-balam logo Resort World yang dilayangkan pada badan bas ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat perjalanan dan harga tambang bagi bas-bas ini, anda bolehlah klik pada link ini, Getting To Genting Highland Resort.

Akhir kata,  Tahniah Genting Express.

About these ads

Responses

  1. semua bas Genting tukar livery mereka kat sks…

    • X semua lah joe…some of them tukar livery kat segambut…. =)

  2. salam..dlu g gnting sy naik bas kt pudu..skrg pudu dh xde…jdi nk naik kt stesen mna lak yee.. pleeasse

    • Wsalam… Buat masa sekarang,, puduraya ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan.. Jadi jika ingin menaiki bas untuk ke Genting Highland, anda bolehlah menaiki bas di KL Sentral, One Utama, Bukit Jalil, Terminal Putra Gombak (pakej bas + kereta kabel)… Tetapi jika ingin menaiki bas direct untuk ke Hentian Bas First World di puncak Genting, anda boleh menaiki bas Genting Express (bas kaler kuning) di Hentian Pekeliling berdekatan stesen LRT & Monorel Titiwangsa tu…. =)


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: