Posted by: hijaz2402 | April 1, 2010

Fleet Baru Mega Jaya Express

Mega Jaya Express adalah salah satu syarikat yang agak baru dalam komuniti bas ekspres. Namun, bas-bas yang mereka sediakan tidak kurang hebatnya. Salah satu bas terbaru yang dimiliki oleh Mega Jaya Express adalah CBF 3311 ini.

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Bas ini dibina oleh SKS Coach&Works (kini dikenali sebagai sksbus) dan menggunakan cesis Mercedes-Benz 1627 V8. 1627 tersebut membawa maksud 16, 000 kg (16 tan) dan 270 hp.

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Ianya boleh dikenali melalui ekzos berkembarnya yang kebiasaannya terletak di sebelah kanan dan bunyi meletup-letup yang dihasilkan oleh ekzos tersebut (Bunyi menggelegak kata sesetengah drebar).

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Apa yang menariknya tentang 1627 V8 ini adalah kelembutan air-suspension atau belonnya yang diakui memang selesa. Kalo kat Lebuhraya Pantai Timur (LPT), belon bas ni memang layan, lentok ooo. Aku terfikir kenapa agaknya Mercedes-Benz dah hentikan pengeluaran cesis ni, ataupun dah x upgrade cesis ni (sebab belon selesa, enjin tahan lasak, tapi banyak drebar komplen power x cukup masa naik bukit, turbo yilek).

CBF 3311 / SKS Coach&Works / Mercedes-Benz 1627 V8

Secara keseluruhannya, aku rasakan bas ni cantik setelah mendapat sentuhan daripada sksbus. Warna yang dipilih juga nampaknya diadun dengan sempurna dan menjadikan bas ni menarik untuk dipandang. Tetapi aku sedikit tertanya-tanya kenapa pihak Mega Jaya tidak memasang side-mirror tanduk seperti kebanyakan bas-bas sekarang dan memasang pelindung rim pada keempat2 roda bas ni. Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Apapun, tahniah Mega Jaya Express. Semoga terus maju pada masa akan datang.

About these ads

Responses

  1. ya..sy juga merasakan yg adunan warna bas ini menarik..berkenaan dgn side mirror tanduk dan rim pelindung macam bas2 lain mgkin mereka ada sebab tersendiri.. Teringat pula hari tu sy pernah menaikinya bas mega jaya yang berwarna pink sekali boleh tahan jugak, selesa tapi aircong terlalau kuat la, mungkin sebab bas tu masih baru kot..

    • Bas tu memang agak baru…. Dan masalah mengenai ekon terlalu kuat tu memang diakui kerana saya sendiri pun telah melaluinya… Tetapi demi menjaga keselesaan penumpang, pihak mega jaya express telah memperbaiki ekon tersebut… Ketika komen saya ni ditulis, umur bas tu tak sampai setahun pun lagi…. Apapun, terima kasih kerana mencuba perkhidmatan mega jaya express…..

  2. nk tnye,
    bas megajaya ni ade x naik dri kajang ke k.terengganu??

    • Perjalanan bas Mega Jaya Express bermula dari Kuala Terengganu – Kuala Berang – Kuala Lumpur – Putrajaya – Kajang dan sebaliknya. Bas ini boleh dinaiki di Terminal Kajang bagi perjalanan Kajang – Kuala Terengganu melalui Kuala Berang… =)


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: